24.1.11

kalau la facebook nak kena tutup

Sekarang ni aku rasa susah sangat nak bangun tidoq pagi-pagi padahal kerja belambak kot kena buat. Bangun ja terus bukak laptop konon nak buat design bagai tapi TIBA-TIBA pulak tertekan address facebook. Binawe sungguh kalau dah bukak facebook mesti TERBUKAK blog jugak nak tengok kot ada mamat-mamat hensem jambu follow gua. dem dem dem

Hari tu kan ada cakap yang facebook nak kena tutup. aku dah bersyukur sangat-sangat dah wei sebab lepas ni boleh la aku tumpu study. kononnya laaaaa...tak de la aku main-main sangat setakat blog tu update 2 3 minggu sekali pon dah kira otai dah. *hak tuih



Tapi umpama mimpi dalam mimpi ja facebook nak tutup, macam mana aku nak jadi pelajar paling cemerlang di akhir semester ni kalau facebook tak tutup..@_@

Akan tatapi bila difikir-fikirkan balik kalau facebook tutup la kan :

1. Mesti ramai yang mengalami tekanan perasaan tahap jimbek sebab tak boleh nak luahkan apa yang terbuku dihati kat status fb, marah, benci, meluat, maki hamun. Macam mana nak update status setiap 5 minit pasai kecewa ex-boifren mintak putus. tsk tsk tsk.. hoi menyampah tahu??

2. Dah tak boleh nak bercucuk tanam serta main game merepek-repek kat fb tu. lepas tu tak boleh la nak menyemak notification aku sebab hantar hadiah bagai sedangkan hakikatnya aku dah retired sejak setahun yang lalu. dem

3. Tak boleh nak share link blog yang best gila babi macam blog aku ni. siot nanti turun la trafik blog aku. kalau abam parid sultan trafik, aku ni sultananah trafik tau. ahh pedehal..

4. Gambar-gambar nampak lurah dendam, baju ketat sanan sinin, tudung macam selimut (ni aku), pakai reben merepek-repek atas kepala padahal sumpah tak comel langsung. terpaksa la tersimpan rapi dalam laptop. jadah apa simpan dalam lappy ja?sapa yang nak tengok? muka gua cun der wajib tayang dalam fb der..ehh boleh je tayang dalam blog der. kecoh la lu der..

5. Segala kelas ganti dan kelas batal terpaksa diberitahu melalui telefon. lambat ahh guna fon kalau guna group kat fb tu cepat la sikit. ye la student kan mana ada duit nak beli topup forward mesej bagai, guna fb je senang walaupon wifi lembab nak mampos. dulik ape kalau orang tak tahu. padan muka kau sapa suruh tak bukak fb. telefon tu patut campak masuk gaung je.

6. Tak boleh nak jawab kuiz-kuiz seperti posisi yang sesuai pada malam pertama, bilakah saya akan kawin, nama lelaki saya tapi saya ni pompuan dan macam-macam lagi la. cukup tak paham kenapa orang boleh jawab soalan kuiz-kuiz macam ni. padahal jawapan dia dok berulang-ulang je pon. dan paling penting manusia jugak yang create soalan kuiz mengarut tu.

7. Tak dapat nak LIKE page Aku tak suka makan cencaluk, Aku menyampah tengok awek si polan bin polan, Benci dia yang dok perabih duit rakyat. semua page benci kalau boleh nak LIKE sebab boleh la kutuk-kutuk manusia yang sewaktunya kat situ. takpe bila kita maki hamun orang tu mesti insaf, tak pon orang tu mesti clash terus dengan pakwe dia ataupon cencaluk mesti akan dilupuskan terus di Malaysia.

Kira cincai-cincai la aku rasa facebook ni tak boleh tutup sebab macam mana aku nak stalk dr. Kacak nanti?

9 comments:

Fiffy Hazirah said...

akakaka. i wich faceboon didnt exist! maki2 intenet lembab konon susah nak donlod jurnal utk psm, bila dah laju, bukak fesbuk plak, jurnal entah kemana. pastu kalau fb xde, beerlambak la org dok tayang muka kt blog akakaka

liyanaziz said...

kakak ayu, adik yana bersetuju dengan semua point bermula dari satu sampai la ke nombor 7.. x dapat la bercucuk tanam lepas ni.. pang sekali sebab dah lama quit main game tu... kikikikiki

Miss bubblehead said...

xboleh nk main poker jgk!!!!! hahahaha

Ziro said...

facebook?

. said...

haha jadi...tak ya la tutup fb
*winkwink

Hellioz said...

hamsap je point
kah3~

nhaisss~

MOFASAD said...

fb memainkan peranan dalam trafik kita kan?

kalau dh takde

kena sign up fb d. romzey lak

petisuara said...

haha..semua point anda adalh btol la sgt2!tp sbnnye bgs sgt la kalo fb ni ttup..xd ramai org buat dose xd ramai org gado..pdhal diri sndri pon sme jgk..haha

ZulkifliMN said...

haha.. siot la.. tp memang btul ek!gua dah jatuh ati dengan entry2 lu la beb.. serius best!

boyfriend