Walawes ada part 2 kau tau nyah. haa semalam aku pegi tengok cerita khurafat. Ala yang cerita seram tuuu. heh aku pon tak tau kenapa aku boleh terpedaya tengok cerita bergenre seram ni kat wayang sebab bagi aku sangat membazir lah kalau tengok cerita hantu kat wayang. membazir sebab aku bukan tengok pon hantu tu keluaq, dok kira tutup mata ja tak abis-abis. Jadah?
Mengenangkan kawan aku cakap tak takot pon cerita ni jadi aku gagahkan jugak la pegi tengok. Lagipun tengok ramai-ramaikan best ape.
First-Pelakon Lelaki (hero)
Syamsul Yusof. asal dia jadi pengarah konfem dia jugak jadi hero macam datang dengan pakej sekali. haruslah aku menyampah dengan filem-filem dia dulu dan otomatik aku akan cakap "apsal poyo sangat tah mamat ni" walaupon dia hanya berlakon tapi memang tak boleh blah der cara dia cakap tu. tapi kan tapi kan dalam cerita khurafat ni tetiba rasa dia macam
"Cool jugak mamat ni"
"Apasal tah tetiba nampak hensem ni?"
"Ohh bestnya dapat suami macam ni, protective gitu"
Heh cuma ada la dua tiga dialog dia yang agak pelik didengar. macam kayu sikit. overall lakonan dia okes sahaja (kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni) Part-part scene seram tu memang jadik la dia buat muka takut, tak nampak macam dibuat-buat. syabas syamsul moga kau dapat awek cun lagi nanti. holaa
Second - Jalan Cerita
Menarik, tak bosan, unexpected. jenuh la dok pikiaq dalam wayang sapa yang dok buat kerja-kerja khurafat ni. tup tup orang ni. hoh memang tak jangka langsung la wa cakap lu beb.
Third - Hantu
Heh. seram la bagi aku yang penakut gila babi ni. dah la aku berusaha untuk tak tutup mata tau betapa beraninya aku. budak dua orang kat sebelah aku dah menikus dah punya takut nak tengok hantu. kalau menjerit pon dengar suara kawan-kawan aku je. Kadang-kadang aku gelak jugak sebab sound effect dia yang membuatkan budak-budak ni menjerit. hahaha yang tak boleh blah tu tengok hero punya tangan ja pon dah menjerit. kau bayangkanlah kalau kawan korang je menjerit dalam wayang tu padahal bukan scene seram pon. sabar je la aku..haha hantu dia pon unexpected nak keluar waktu bila melainkan kalau kau dah tengok the making of wakakaka...
Overall aku bagi 4/5 la. aku bukan tau sangat nak rating-rating ni. hentam saja sudah. kalau anda seorang yang penakut mungkin ini adalah filem paling seram kalau anda seorang yang berani filem ini adalah menarik kerana jalan cerita dia lain dari yang lain.
bukan lagi filem syok sendiri..itu yang penting.. keh keh keh
9 comments:
betul ke best weh??ade orang cakap tak best ada orang cakap best..aku pun half2 jadinye nak pergi tengok ke tak..T_T
ermm...taste org lain2 kan..ada yg kata best ada kata tak best..stended la tu..
mcm best.. tp gwa xkan bazirkan duit tgk cite yg mamat ni jd pengarah dan berlak0n.. baik tgk cite tamil kat tv..
member cakap cite ni mmg seram giler2..huhu
member cakap cite ni mmg seram giler2..huhu
aku nak tengok.. tapi takot aa nak tengok sorang..
sape nak teman??..
awek sahaja.. koh koh koh...
huuhuu , dah kutip 2.5 juta daaa cita nih , mcm syok jaaa~~
memang seram eh? zana baru beli tiket nak tgk citer ni mlm nanti.. bila dgr review ni, trs jadi makin takuttttttttttt..
nak tengok jugak.. hehe... okey pe dia jadi pelakon cite dia.. save budget kan? hehe.... t aku buat entri gak lepas tgk nanti.. mana tau tak best.. err... tapi so far, memang orang cakap best laa..
Post a Comment