20.1.11

Hantaran perkahwinan tinggi dan juta-juta rupiah

oke hari ni kita bukak balik sembang pasal kawin. bila umur makin meningkat ni haruslah memikirkan masa depan yang tak tahu lagi siapa jodoh kita, entah kawin ke idak ataupun kita akan jadi bujang terlajak mahupun jadi anak dara tua yang masih dara. ohh sori la entry tiada gambar hantaran yang cantik-cantik sebab internet slow tapi nak jugak update belog. wakakaka  (tak lawak pon sebenarnya)

Betol atau tak kalau aku cakap orang sekarang ni nak kawin sikit punya susah lagi. Bukanlah ingin mengecam kita punya adat or whatsoever tapi tak ke rasa macam adat tu kadang-kadang membebankan diri sendiri. kau tengok je la dulang hantaran kita macam-macam la hai, belom masok pelamin nak bersanding bagai lagi. Aku tengok kawan aku nak bertunang pon seksa. itu baru bertunang dah macam-macam benda nak kena buat belum kawin lagi. haishhh

Bab duit hantaran pulak, haa yang ni paling kontroversi la dan kami (gadis-gadis yang belajar di Universiti ni) selalu membangkitkan isu duit hantaran. ye la student ni kadang-kadang paham krisis kewangan yang dihadapi, nak-nak pulak yang totally bergantung pada duit scholar. lagi la bagai nak rak berjimat tapi akhir sem duit tetap habis jugak. ini realiti aku dan kawan-kawan aku. korang aku tak tahu la pulak kan kot dah habis sem boleh beli avanza ke.


Selalunya hantaran kawin ni akan dibanding-bandingkan terutamanya bagi masyarakat kampung, bukan nak kata orang kampung ni tak elok, bukan! aku pun asal kampung jugak, nenek moyang kita semua orang kampung. (sapa berlagak orang bandar tu sila baca balik buku sejarah form 3) tapi kadang-kadang jadi rimas tahu rimas. hantaran sikit salah hantaran banyak pun salah, kalau sikit sibuk nak bandingkan kita dengan anak jiran sebelah yang kawin dengan Dato' walaupon hakikatnya dia jadi bini nombor dua tapi sebab duit semua orang pandang. Ohh gah nya kenduri dia.Kalau hantaran tinggi pulak, dikatanya mak bapak kita ni jual anak. Heh apekejadahnya?


oke let say kau(perempuan) kerja kilang dan bakal laki kau pun lebih kurang kau jugak la kerja kilang atau nak up sikit supervisor. Tiba-tiba mak kau letak hantaran RM10 000, hoh aku rasa agak tercekik jugak la bakal laki kau sebab hari-hari makan nasi dengan ikan bilis goreng je. Itu bagi yang tak mampu la. bagi yang mampu gaji letup-letup, kalau setakat kereta alpha romeo kau bayar cash. Itu memang tidak dapat disangkal lagi la kan. konfem-konfem la kalau kau buat kenduri kecik-kecik tu orang akan label kau sebagai kedekut nak mampos. (nampak tak mentaliti orang kita)


Hantaran tinggi ni kita baca pulak kalau anak dara tu duduk rumah ja lepas spm, aku dengar (berdasarkan cakap-cakap orang, biasa la orang kita kan suka bercakap) hantaran pun kurang-kurang 10 ribu. Hoh, ni kalau yang ada degree,master, phd bagai ni tak mampus nak letak lagi tinggi-tinggi. alamatnya konfem la dah kertu baru kawin. itu pun kalau kawin la kalau tak melapok je la kau.

Ada jugak perempuan yang jenis mengada demand tak hengat, kadang tu mak dia rilek ja tapi si pompuan ni pulak over. Nak bertunang ja pon cincin tunang wajib harga 2 ribu keatas. amboi amboi tunang je baru kak belom nikah lagi dah bersyarat-syarat pulak. baca kalau lelaki tu mampu tak pe.

Bagi aku la kan, pendapat sendiri ni, kalau kau (perempuan) pandai menjahit, pandai memasak, pandai jaga anak, urus rumah bagai its oke kau nak letak tinggi-tinggi. tapi kalau setakat masak merah jadi kuah masak lemak (aku la tu) better praktis lagi baru la ngam dengan duit hantaran. Ini dah la tak kerja dok rumah goyang kaki, tahu memperabihkan duit laki tapi kerja rumah haram satu mende pon tak boleh buat. itu memang what the penyapu betollah kan.


Kita pandang bagi perspektif lelaki pulak. bila dah sampai seru tu wajiblah diorang ni nak kawin kan ye la kalau tetiap hari main sabun je mau kesian masa depan anak-anak tu. Haruslah si lelaki ni berhutang pulak sebab tak berapa nak mampu, bakal mak mertua letak tinggi sangat harganya.  lepas kawin haa kerja bayar hutang je la gamaknya. hoi nak 30 tahun hidup sama kerja bayar hutang tak abis-abis? jenuh la hai. itu belom lagi duit rumah, duit kereta, duit motor yang memang dah beli sesiap before kawin (kalau ada). tu tu kau masuk rumah tak kena pulak beli peti ais, tv, mesin basuh sebab pemalas nak basuh pakai tangan, nak masuk astro sebab nak tengok cerita indon, masok internet lagi sebab kalau takde internet tak boleh la update belog hari-hari.

masa tu boleh la takde anak lagi,ni  bila dah ada anak sorang kena pikir pulak pampers anak, makan pakai anak, sakit demam anak. pikir tak semua tu bai? takkan lah kau nak habiskan duit untuk majlis satu hari semata-mata? padahal kau ada berpuluh tahun lagi nak hidup dengan bini kau. Memang la orang cakap duit boleh dicari, rezeki Allah bagi ada ja kat mana-mana tapi kalau dah kawin pon nak terbeban sebab kenduri dengan hantaran ja.parah jugak la kan nak belasah tulang 4 kerat kau.

So better pikir-pikirkan lah ikut mana yang termampu kalau ada duit lebih takpe nak buat meriah sikit kalau dah laki tu pun cukup-cukup makan kita rendahkan sikit. kita ni nak kawin sebab nak ramaikan umat nabi, nak ikut sunnah nabi. buat kenduri pon sebab nak rapatkan sillaturrahim sesama insan bukan semata nak tayang satu kampung yang anak kau dapat hantaran juta-juta rupiah.

ada paham ka makcik??

10 comments:

liyanaziz said...

mahu letak 24,291 rupiah.. mesti ngam2 soi maaa!
panjang entry ni.. hukhukhuk.. tersedak2 semua orang yang baca.. kikikiki..

Aini Khadijah said...

mana ang tau laki main sabun tipa2 hari?
depa duk main buat ap?
kah3~

Azwan Azmi said...

wohhh.panjangnye entry...aku amat setuju ngan ko ayu..hantaran mahal tapi tak reti wat pape..sibuk dok beso perot sndiri aje.tak ke hampeh mcm tu

Carnation said...

kalau hantaran murah2, mesti orang cakap 'ehhh hantaran zaman bila ni' haha

KIRA said...

terbaek ah entry nih. mmg menyedarkan masyarakat jgk la kan. ayu, kau potostat entry ni lps tu tmpal kat tiang2 api setiap kampung. br makcik2 tu reti nk ttp mulut.

hamzah ian said...

gile panjang puny aentry.. gua baca separuh je..

point2 tu mak gua dah cakap dah kat akak gua dulu2.. jadi baik gua komen je..

gua rasa lelaki yang merana dalam hal ni. hahaha

Shahada Fauzi said...

terbaek ah..aku sokong entry ang nih..pendapat kita sama..

Unknown said...

so..skrg ni nk salahkn saper?

mentaliti melayu atau kita sndiri?

sbb dlm masa yg sama, kita akn ckp..kawen klo bole skali seumur hidup...kan...dn pd masa yg sama..kte cuba tok memahami mslh2 bkl timbul...hurmm....

Moon said...

orang kita yang asyik sibuk layankan apa orang kata.kalau hantaran murah2 tak "vogue" la itula inila.yang nak menanggungnya tuan punya badan tu sendiri.setuju sangat dengan entri ni.

Anonymous said...

nampaknya kaum lelaki terpaksa la main sabun smpai ke tua..kahkahkah

boyfriend