27.1.11

Leceh betol jadi perempuan ni

Kalau readers aku sekarang ni adalah perempuan, kamu wajib setuju dengan statement aku sebabnya memang perempuan ni leceh. Korang tak rasa ka yang korang tu leceh?

Aku baru lepas mengemas beg dengan kotak nak balik rumah ni. gila awal tak aku balik? dah macam aku pulak yang nak balik raya. budak cina teammate aku pon balik esok. nak buat macam mana dah aku sembangat lebih nak balik rumah buat aktiviti kaler-kaler dengan anak sedara yang comel macam aku tu.

ok sewaktu aku nak kemas-kemas tu, kepala otak aku asyik ligat berputar serta berjoget-joget sambil bertanya dalam hati.

"Kejadah barang apa aku nak bawak balik ni??"

Aku kalau boleh nak bawak balik segala mak nenek barang yang ada kat utm ni. huh belambak nak mampos. mau jahanam jugak kereta abang aku nak mengangkut semua barang aku hujung sem ni. Jadi haruslah aku yang berjiwa kental ni bawak balik  sikit demi sikit tapi malangnya....

"Aku tengok barang-barang aku ni tak luak-luak jugak"

Sebelum ni aku dah bawak balik dah sikit baju-baju yang tak pakai kat sini, segala teddy bear (dem apasal aku bagitau?), buku-buku teks yang rasa dah tak pakai.. Itu pon penoh lagi bilik aku kat sini.

Perempuan ni (baca : aku) banyak sangat benda-benda merapu, hiasan meja la, hiasan dinding la, dah ada jam tangan nak ada jam meja la, tabung la konon saving la dan segala macam jenis benda yang boleh dikategorikan sebagai tak ada barang ni pon aku tak akan mati. itu pon ada lagi hati nak beli macam-macam. hei perempuan...

Barang yang aku bawak balik kali ni pon hah korang baca la sendiri...kotak kaler-kaler yang cantik banyak corak tu(ada laaa dalam 4 kotak). dalam kotak tu ada berpuluh keychain, sampul surat cinta, gambar, manik-manik gelang yang dah putus, jam rosak, reben rambu ramba. totally memang merapu. pening dah kepala aku tengok. barang tah pa pa ja dah penuh satu beg, baju pon aku bawak balik 2 3 helai mana yang muat kat beg aku..

tu belom masuk barang harian yang aku dok pakai (bermakna bila aku balik rumah aku kena bawak balik sini balik) seperti deodoran, bedak kompek, toner, losyen badan, losyen tangan, kapas muka, lipstick, eyeliner, maskara, pisau cukuq (takkan nak biaq berhutan), sikat, pemerah pipi...hoh ada lagi?? sumpah rasa nak mencarut "babi banyak gila barang aku". kang tak bawak balik menyesal pulak tak mekap syantik-syantik jumpa encik buncit. walaupon hakikatnya dia sikit pon tak amik pusing kat muka aku, aku ja dok perasan cantik depan dia. lantakkk janji muka nak iras lisa surihani)

Ni bila aku dah abis packing baru perasan, coli dengan sepender lupa nak bubuh. dengan tudung lagi. dah tudung kena ada anak tudung lagi. hei ape ke banyak sangat barang pompuan ni?

aku tengok encik buncit bawak satu beg galas kecik je balik rumah. semua serba sehelai, baju, seluar dengan sepende. aku 4 beg dia SEbeg.

leceh..lecehhh...

7 comments:

Azwan Azmi said...

lelaki 5 minit je bersiap nk pi dating..pompuan 55minit 55saat belum tentu siap lagi kot..

Carnation said...

Aku kalau balik kampung, aku bawak balik lappy je. Senang.

Teddy, hiasan meja, kotak kaler2, jangan la nak cari kat bilik aku. mamang takkan jumpa. haha

iyou said...

hahahaha... betol! aku penah try balek paling simple tanpa bawak sehelai pakaian baik baju, baik spender sbb kt umah ada je bnd2 ni.. so juz bwk brg2 mekap je.

las2 menyesal~

ZulkifliMN said...

hahaha.. sedar pun!

dear anies said...

sabau ek

Duniakuabstrak said...

aku kagum dengan spesis perempuan kerana mampu membawa sepasang bebola pejaL ke sana sini

Nurul Ayu said...

azwan:: aku bersiap cepat oke!!haha

six.september:: wondering ko ni pompuan ke laki...

iyou:: haha..dh nma girl kan..

zulkifli:: aku dah lama sedar tp tak ubah2 gak prangai..=p

ayul:: ehhh laki pon ada bawak bebola gak cuma kempis tak cukup angin ja..

boyfriend