25.10.10

Excuse Me

Excuse Me..adalah salah satu magic word diantara 4 magic word, cuba anda try cakap pasti akan keluar bunga api yang liplap-liplap dari mulut anda. Ok jangan senang terpedaya. Selalunya perkataan excuse me akan disebut sekiranya kita mengalami kesukaran semasa berjalan ditempat yang ramai orang dan juga semasa kita melampiaskan cecair halus berserta angin dari hidung dan mulut atau dalam bahasa saintifiknya bersin.

9 tahun lalu, sewaktu aku menunggu bas untuk keluar bersama-sama rakan-rakan tercinta. Aku terpaksa merempuh keadaan yang begitu ramai orang, sangat ramai sehingga aku terpaksa meng-cover dada ku dengan beg sandang (walaupun tiada benjolan lagi tatkala itu). 

Setelah hampir 15 minit berjuang menaiki bas akhirnya aku berjaya jua membolosi keramaian itu, sangat sesak, sangat 'sardin' mahu menyumpah juga pada driver tu sebab bas dah penuh pon masih lagi nak sumbat. Aku pulak terpaksa berdiri, marah betol aku dengan jejaka dihadapan ku. Ada ka patut dia biar aku berdiri, gentleman la sikit bagi golongan awek yang belom ada dada ni duduk. Aku merenung jejaka itu, dia pulak buat muka tak paham ceh dasar lelaki! bisik hati kecilku.

Tiba-tiba aku terdengar dia berkata "EXCUSE ME". aku menoleh ke arahnya, dia tersenyum, aku pelik, dia masih lagi tersenyum. Jadah ape cakap excuse me ni?nak kata nak lalu depan aku dia dok senyap atas kerusi tu je bersin pon aku tak dengar. Dengan tiba-tiba ada sesuatu bau menyinggah ke hidungku. pekat, likat dan sangat ketat bau nya.




Haram jadas. kentut rupanya, jejaka itu masih tersenyum dan buat muka rilek minta lempang!serius aku nak lempang muka dia.

8 comments:

Unknown said...

hahahahahaaaa...ko tany aler dia..mne tau dia tercirit skali dalam suar tuh...

MOFASAD said...

benjolans tu skang dah ada kan?







weeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Anonymous said...

bau telur ka? hahaha xD

Duniakuabstrak said...

ko tak approve excuse dia ke? haha

hentakbelipat said...

perangai yg surapa haram tu, untuk awek yang belum berbenjol memang boleh buat tumbuh benjol dakat dahi!

Unknown said...

ko kentut je kt muke die.. :)

plumpy.tootsie said...

kentut?

KAH KAH KAH!

Anonymous said...

kenapa lu tak lempang aje? tak thrill langsung cerita ni!

boyfriend