18.10.10

Istana Garden dan Hutan Bandar

Semalam aku ada baca komen kat blog seorang gadis ni, pasal anon yang kacau blog dia so aku baca la komen-komen beliau. Memang agak kurang ajar sebenarnya komen-komen yang dilemparkan oleh anon tersebut, entah ape motif anon tu sebok stalk blog dia aku tak pasti. Selama aku blogging ni tak penah pulak ada anon kacau hidup aku..lalala~..ahh dulik kan aje..

Tapi aku ada terbaca komen sorang makcik ni ecehh mana taw makcik ni. haha dia kata sekarang ni ramai anak muda buat blog cerita pasal diri sendiri, semua hal peribadi nak letak dalam blog. aigoo makcik ai very terasa you know. Tapi betol jugak la makcik tu cakap, semua gambar gedik-gedik nak letak, dah tu mana la orang tak mengata. Bila google nak cari something tetiba keluar entry blog kita yang entah apa-apa wajiblah tukang google rasa nak maki..<--sedang merujuk kepada blog sendiri(Hitam itu bukan Putih)

So dengan sedikit keinsafan yang tersemat di dada ini aku nak post entry ilmiah. Oke jangan percaya, aku just nak share tempat-tempat yang aku pegi hangout kat Johor ni..(dah Final Year baru sebok nak explore tempat-tempat best). So kepada yang masih berada di UTM ni ayuhlah kita berjalan-jalan kerna mungkin kita tak jejak dah negeri johor ni..lol (dinasihatkan supaya tidak melihat gambar-gambar ini dengan ghairah)

Istana Garden

Tempat ni terletak di Johor Bharu(ayat nak skema), kalau dari UTM ke tempat ni hanya 15 minit itupon kalau tak jem. So better pegi hujung minggu sebab takde la busy sangat. Kami bangun pukul 6.15pagi (gila awal bangun semata nak pegi photoshoot) tapi bertolak pukul 7++ jugak. Almaklumlah keluar bersama nadey dan hanak wajiblah diorang dressing macam artis.

gambar pertama yang ingin dipertaruhkan

Sini kawasan orang jogging, sangat ramai orang jogging oke! dan semuanya pakai tracksuit, t-shirt dan sport shoes. Hanya hanak saja yang pakai kemeja taw, diulangi dia sorang ja pakai kemeja dan bawak handbag pagi-pagi buta. Haha walau apa pon hanak hang memang gojes!


model-Miss Nadey,
 photographer-Miss Ayue
 tolong jangan cakap gambar ni cantik sebab model!

Kawasan ni sangat cantik,kalau jogging pagi-pagi sangatlah heaven,cantik dowh! ape ingat Malaysia takde tempat gojes-gojes ke??Kalau datang petang-petang boleh buat picnic,tak semestinya picnic kena ada pantai kan. Makan mekdi kat sini pon boley dikira picnic gak pe. Selain taman, tempat ni jugak ada zoo tapi kami tak masok kawasan zoo tu pon, hanak yang beriya nak tengok babi. Entah ape la hang ni hanak babi pon tak pernah tengok..;p


Model-Miss Hanak
  Oke model seterusnya adalah hanak, oleh kerana beliau ni suka masok hutan jadi beliau sangat suka pada pokok. Asal nampak pokok je nak tangkap gambar, asal nampak kulit pokok je nak gigit menyandar. Aku pon tak paham.(-_-")




masih lagi dikawasan hutan taman

WOW...dah boleh jadi cover majalah mangga ni..

snap by hanak
dah berangan dah nak beli DSLR.

Aigoo..sudah-sudah la gambar pokok!

Jom kita ke bangunan lama pulak..jeng3


kasi effect sephia sikit lah..

Kat kawasan ni selalunya tempat-tempat wedding photographer amik gambar, kira nak bagi nampak effect zaman dolu-dolu la ni.



sibuk setting nak snap gambar bertiga

Bertiga..=)

Ada rumah jepon kecik kat taman tu

Kawasan kolam, ada ninja turtle kat dalam,tipu je jangan la percaya.

Dah nak balik tu kami jumpa pokok yang agak rare. Macam geli-geli pon ada gak. Hoho cikedout


Woha..ade buah jugak taw pokok ni.


Oke dah pukul 8.30 perut dah lapar sambil meraung mintak diisi so kitorang pon bertolak pegi...............

Hutan Bandar

gambar cilok berdasarkan blog yang tertera

Hutan Bandar ni dekat je dengan Istana Garden tu, ada la 5 minit kalau naik kereta.

Sebelom nak masok kedai makan, atas kedai makan bawah kedai cenderamata

Kat sini pon ada tempat-tempat menarik jugak, tapi oleh kerana kami dah lapar so kami hanya lepak-lepak, sembang-sembang dan bergosip pasal budak course ..opssss 

mee sedap ehh mee kari la, superb sedap!

nasi lemak ayam + teh o ais + ais kosong

Melantak time!ho yeah. pepagi ramai orang kat sini.
ehem ehem, boleh cuci mata jugak taw..lalala~

Tempat ni menarik la sebab dalam bandar dia wujudkan konsep hutan. Tu sebab nama dia Hutan Bandar kot. Haha (bukan fakta ye). Kami lepak situ sampai pukul 11++ gak la, gila lama bergosip, orang yang dok kat sebelah meja kami pon dah 4 kali tukar orang. lol

Apa-apa pon sesapa yang mai JB ni singgah la sini, nak-nak pulak budak UTM kan daripada dok post kat FB tu tension la tekanan la baik pi tenangkan fikiran. Alah masok bukan gadoh dok kena bayaq pon.Free of charge oke. 

salam sayang dari ayu..muahx muahx muahx!sayang you all taw

sumpah gedik*

ohh haa kalau nak pi boleh la google map. Apa guna ada berokband yang pantas kalau tak pandai nak guna kan.

25 comments:

NAA said...

sila pergi ke kota iskandar, nusajaya juga.

anda pasti terpegun.

jangan lupa bawak kamera yg mempunyai bateri bercas penuh.

hamzah ian said...

gmbr cun dow

Nurul Ayu said...

cinta:: next destination kami adalah nusajaya...hoyeah!!

hamzah:: ahh ko tak bace entry pon..

Unknown said...

dah penah jejak tanjong piai?

Nurul Ayu said...

tanjong piai plak dah...belom lagi la..sem depan pulak kot..haha

Duniakuabstrak said...

gmbr mkanan tetap tak miss hehe

Nurul Ayu said...

wajib ada gambar makanan..haha berat aku dah naik kot!

nn said...

ada lagi tak kedai hujung jual roti canai and kedai jual ABC kat hutan bandar tu? dulu time sekolah selalu beli. hukhuk

doyah said...

tengok gambar je dah stim. hahha. chantekkknye!!! ciptaan tuhan. [gittewlaa..hihih]

SYAKIRA said...

makcik mana yg cakap mcm tu ? waah terasa jugak. huehuehue

Anonymous said...

hi. saya orang JB yang tak pernah masuk istana garden.

Anonymous said...

lawa siot!!!! aku tak pernah ke johor lagi.... T___T

Umie Nadhirah said...

Umie tgok gambar ni semua terpaksa pakai kanta... HAHA..
JB here i come!!

Best giler tempat korang melantak+gosip2.

zam.enol.arep said...

hutan bandar mkn mlm baru heaven. chiken chop rm5 terbaek.

Nurul Ayu said...

biar betik chicken chop 5 ringgit ja??????????????????

Amoi said...

anon start kacau aku time aku kena rage.

kah kah kah!

Unknown said...

hi...aku pun time cuti..ada gk turun jb...pasni nk ajk beliau la..

owh yer..tunang aku ckp, nusajaya tuh mcm putrajya...

kt situ pun aku blm g lg...asyik g tebrau ngan cs jerk...


xsgka plak istana garden tuh bole masok..wajib dtg ni :P

plumpy.tootsie said...

lu suke pakai aigoo..gua syak lu kaki layan korea.

Nurul Ayu said...

haha..aku jarang tengok korea la der..aku suka tgk cita omputih lagi..aigoo tu aku suka pakai je...


nampak cam comel kan kan kan?pengsan*

Unknown said...

chicken chop hutan bandar rm5 tu bukan sedap pun...baik pergi itroo atau mama chop papa chop...

Itroo tetap d' best chicken chop in town la. depan tu ada kedai vintage baru bukak.

nak pergi tempat makan best kat johor kena pandai carik. meh aku promo:

-mee rebus enam puluh @stulang laut
-asam pedas botak @stulang laut
-ikan siakap stim limau @stulang laut
-Restaurant Hua Mui @bandar
-Itroo Chicken Chop @bandar
-asam pedas kampung pendas @gelang patah
-sbai-sbai Seafood @Jalan Kebun Teh Lama
-Roti Canai Courts Mammoth
-Roti Canai Bukit Chagar
-Damai Seafood @Kg Danga
-Goreng Pisang Mawar @Mawar
-Food Court Jln Strait View
-Murtabak Spore @Strait View
-Muratabak Uda @BBU

Banyak lagilah!

haish...terangsang napsu makan aku!

Kesimpulan: Mari Ronda Johorrrr!!! =)

Unknown said...

oh ya, terlupa sikit lagi tempat makan wajib:

-ABC Special Kampung Melayu
-dan Kacang Pool Larkin Bomba ;)

Hasrol Nizam said...

cantik gak tempat ni..nanti aku nak pergi jugak. :D

Pendapat anda?
Sayang-buatkan abang air segelas

Hellioz said...

xmakan steak ke?

Akulah Aqilah Itu said...

kenapa aku dok johor tak pernah jumpa tempat2 macam ni haa?

Nadia said...

oyeah chicken chop rm5 kat hutan bandar..ramai gile orang sampai ade yg sanggup bratur tunggu turn..

boyfriend