31.10.10

Pertemuan dua hati menjadi satu bukan dua tubuh menjadi satu ya.

Hujung minggu yang sangat heaven, heaven disini bermakna tidak perlu duduk dibilik mengadap thesis tapi dating dengan kekasih hati yang datang dari kuala lumpur ke skudai. Port kami tak lain dan tak bukan di pondok depan blok M21,paling hebat pon dating di cafe kolej lain. Sampai semua orang nak bertanya.

"Tak keluar ke?tak kan dating bawah pondok je?"

Letih tahu nak menjawab soalan tu? bukan tak nak keluar tapi encik buncit malas nak jalan, dalam masa yang singkat tu beliau nak menatap muka aku saja katanya,kalau berjalan kena pandang depan sahaja,tengok wayang pon kena mengadap skrin sahaja walaupon tangan tu merayap tah kemana hala ehh tak tak tangan kena statik sahaja.

Ceh..Apa dia ingat aku tak tahu yang dalam dompet dia ada 60 hengget ja, mana nak beli tiket balik KL, nak beli rokok dunhill, mana la nak cukup layan perot aku sorang ni. Kurang-kurang nak kena makan spaghetti, abih lekeh pon  kepsi ataupon mekdi. Aku bagitahu perotku supaya bersabar, nanti beliau dapat gaji praktikal kita kikis sampai nipis ok.

Dalam masa yang sama ada jugak manusia yang bertanya.

"Tak bosan ke duduk je kat situ?"

Haishh tak bosan langsung beb, mana boleh bosan, setiap satu jam aku ajak beliau masuk bilik aku yang kononnya takdak jiran tetangga. Haa tu mula la korang pikir pelik-pelik kan, ingat aku ni perempuan tak senonoh sangat ka?memang la aku gila sikit tapi iman tu kurang-kurang boleh la panjang sejengkal ehemm. Jenuh jugak encik buncit menegah dalam iman. Siap suruh aku labuhkan tudung lagi, motif betol la awak ni sayang. keh keh keh...

Soalan lain yang menerpa gegendang telinga.

"Tak mengantuk ke duduk kat pondok tu?"

Memang mengantuk la dah asyik bersembang macam tiada agenda lain. Kalau nak diikutkan kepala otak encik buncit yang gila tu, kalau boleh nak ja dia bentang tikar dibawah pohon yang rimbun berhampiran pondok tu, boleh juga baring-baring sambil ditiup angin sepoi kira macam berpiknik dibawah pohon sambil diperhatikan oleh manusia yang lalu lalang pergi solat jemaah disurau. Lantas aku pon bergegas ingin mengambil tikar supaya boleh baring-baring bersama, cepat saja encik buncit menarik tanganku supaya jangan bertindak gila. Tengok siapa yang gila sebenarnya?aku ka dia?

Kalau kami bergaduh lite-lite, mula la nak menyanyi "Tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka" sambil berjoget keliling pokok. Lepas tu gelak ketawa balik. Simple. Tak payah gaduh lama-lama kan. Bersyukurlah ada pokok disitu.

Hakikatnya duduk bersembang saja sudah penat kalau berjalan-jalan lagi la penat. Jadi lebih baik luangkan masa bersembang menatap wajah pasangan, bergelak ketawa, berkongsi umpatan dan gosip-gosip liar serta menyanyi lagu duet OST 8 bulan bersama, bagi aku itupon dah cukup gembira,sudah cukup untuk buat aku sisipkan sebagai kenangan yang terindah. ececehh *muntah


nampak tak muka aku tengah happy tu?
encik buncit dah warning awal-awal
 "jangan letak gambar apex yang tak senonoh tadi tu, memang apex patah balik pi johor shoot perut ayu"
oke buat-buat takut je la..


Setelah 3 hari 2 malam encik buncit di UTM, beliau pon pulang lah ke KL pukul 3.30 petang tadi, depan beliau aku buat muka steady sahaja buat muka keras kong, lambai tangan pelok erat-erat comolot bagai eehh nak mampos kena terajang dengan abang-abang aku, aku hanya melambaikan tanganku keudara. Hilang sahaja beliau dipandangan mata, aku terasa pipiku basah, balik bilik terjun atas katil, bantal pula yang basah.

Sedih betol jumpa dalam masa yang singkat...bye yayang..=(

24 comments:

yuny said...

wahhhh...beznyeee....jelezzz2!!!huhuhu

Anonymous said...

ayue jiwang..haha..pondok tu port mak ayah aku kalau datang..

Nurul Ayu said...

yuny:: jangan jeles2..prepare esok nak present psm..=p


nadia:: kena jiwang..hoho baru lepas dating weh..kena jiwang2 ler sikit..

hamzah ian said...

gesel2 mesti ade kan??

har har har..

yeksss

Anonymous said...

huhu

Nurul Ayu said...

hamzah:: ape gesel-gesel??berdosa taw!!

Takamine Iswadi said...

rindu itu indah "_~

MOFASAD said...

mata tu kalau dah duk berdua ntah pandang mana ntah.. takkan pandang mata je..


kah kah kah

Nurul Ayu said...

pandang masa depan parid..lu takkan tak pikir masa depan??ececehhh lu mesti rindu kat awek lu kan..keh keh keh gua dah jumpa..lalalala~

SYAKIRA said...

wahh so sweeeeeet hg ni! hihik baguuih jgk jarang jmpak ni. bru rasa syg makin mendalam. mcm aku dok jmpk sllu dah ni rsa boring pn ada. hahaha..

Nurul Ayu said...

dok dekat susah dok jauh pon susah kan...haishh..

DAUD said...

lu orang gi kawen cepat2 lah. haha

liyanaziz said...

kenapa ek, bila last2 nak pisah tu sedih?? muahahahaha.. tu yang jauh jarak kl skudai, camno kalau shah alam klang?? glabahtek kan??? =p

Duniakuabstrak said...

arggghhh..

cis kau saje je kan...

ok fine

aku nak jumpa awek aku sekarang

tapi sekarang mana boleh

grrr

zam.enol.arep said...

la. hangpa dua ka bwh pondok tu? baru igt nk dtg bwk pisang aritu. haaha

Nurul Ayu said...

daud:: tak abis belajar lagi tak boleh kawen..

liyana aziz: sepatutnya kedaah johor tu...lagi jauh kan??gelabahtek???apakah?


ayul:: pi je la jumpa..kesian kat awek ko...

zam:: tipuuuuuuuuu...apasal tak bawaak ja dah la tgah lapaq..

syafiqah ezam shah said...

suweett!haha

Razman said...

kemain tau. dalam bilik mesti tak buat apa2 kan? cuma comolot sepam dua kan? cuma 2 je kan?

Anonymous said...

hahah~

aiii lite2 aje..? rugi la beb..


*keluar tandeuk hantu setan*

liyanaziz said...

muahahahhaha.. ayu, pk sendirik la..

plumpy.tootsie said...

sweet doe.
even duduk and bual2 je.
haha!
aku jeles woi.

safiyyahosman said...

hahaha..
shroot tue apa weh??ahahahahaah

Unknown said...

hehe....gesel2...mejah ni memang blue 24jam,,,,
kah3

Anonymous said...

ecececehhh...

lenkali gi la dating kat hutan batu. hikhik.

boyfriend