14.9.10

beraya bersama rakan sehingusan

Raya ke-4 selalunya raya bersama-sama teman terchenta, tak kisah la teman-teman sekolah menengah,rendah mahupon tadika..semua pasti mahu pergi bertandang kerumah member-member serta guru..aku juga tidak ketinggalan..mahu merasa betapa indahnya beraya bersama teman-teman sehingusan..teman dimana bila kita berhingus beliau sanggup lapkan dan bila kita terkentut beliau mampu menahan bau nya..itulah teman dalam definisi aku...

mahu layan gambar atau mahu dengar aku bercerita...ok macam ramai yang mahu dengar aku bercerita jadi aku pendekkan saja cerita aku..kalau mahu cerita panjang macam mahu menulis novel pula..padahal kosakata macam haram jadah masih ada hati ingin menjadi novelis..ok aku mulakan cerita..

Bangun pagi sangat awal lepas subuh aku terpaksa tidur balik sebab mahu mengambil mood untuk berhari raya, pukul 8 bangun semula, sidai baju, mandi dan tiba-tiba hero bangun..ok inilah hero...

merangkap anak sedara aku..syafiq namanya
comel bukan??ya jangan angguk laju sangat aku tahu beliau comel macam aku..

ok beliau bangun masih buat-buat macho lagi, setelah aku siap beliau start merengek, buat suara sedih..bila aku suruh dia tidoq dia buat-buat nangis eehh bukan beliau memang nangis sungguh..jenuh la pulak aku nak memujuk...dah habis pujuk kena buat ayaq la goreng begedil la untuk abang aku...kak ipaq aku pegi kerja..taska pulak masih bercuti raya so aku pon takkan nak buat tak reti pulak kan pi keluar tanpa buat kerja rumah nampak sangat la keji..

keluar rumah pukul 10.30 pagi..naik bas SATU MALAYSIA pegi sungai petani dari butterwoth..kenapa satu malaysia??sebab bukan melayu cina india sahaja yang ada...negara malaysia kan ada warga nepal, bangla, indonesia, vietnam dan lain-lain lagi...tahukah anda bau mereka pon lain-lain..yang jadi nak maki laju-laju apabila bau anda sewaktu keluar rumah sangat la wangi dan sweet tapi bila masok dalam bas bau anda akan terus berubah jadi bau bangla...mungkin lepas ni perdana menteri kita mahu lancarkan SATU BAU pula...

Ok bila bau sudah jadi bangla, sampai sahaja dibumi sungai petani pukul 12...janji dengan rakan-rakan pukul 10 pagi...aku sudah 2 jam terlewat jangan salahkan aku ok kan ke aku dah bagi alasan seperti diatas...

Alasan aku kira boleh diterima la kan???bukan alasan orang melayu kan???

lepas ni nekad mahu ambil lesen kereta!!


kemudian beraya ke rumah rakan-rakan sambil menadah telinga kena perli...cehh bukannya lambat mana pon baru 2 jam dah nak kecoh diorang ni...

harap maaf tiada dslr..
rumah pertama beraya-rumah mila

rumah kedua-rumah wani..
tiada gambar ramai-ramai gambar tuan rumah potong daun bawang pon jadi ler..

teman ponteng semayang di asrama..dulu punya cerita sekarang mereka dah alim..
jangan tanya bila aku nak jadi alim..aku cepuk kang...


ni kat rumah syikin...sungguh gembira berjumpa beliau setelah 5 tahun tak jumpa..adik beliau pon hensem..
haii adik beliau....syikin yang pakai tudung hitam..sudah mahu kahwin tahun depan..
huhu seronotnya kawin...
 
ehhh...encik buncit a.k.a rumi juli pon ada...beliau pon mahu menyibuk datang bersama senior beliau..entah hapa2 rambut beliau kan??kalau boleh beli kereta guna rambut beliau ok la jugak..
 
 setelah bihun goreng dan bihun sup mari kita melantak laksa pula...
abaikan wajah-wajah dibelakang..
rumah cikgu jamal ni..
landskap beliau sangat cantik tapi dah malam tak sempat nak tangkap gambar..hoho
tahun depan gak ler jawabnya...

bukan couple..diulangi bukan couple..
aku ja yang ada pasangan kat situ...muahaahaa gelak tanpa motif..(-_-")

bersama cikgu jamal...
encik buncit yang snap pic ni..

sayang ai rasa u patot amik kursus tangkap gambar la...

rumah terakhir-rumah eda
last sekali baru jumpa nasi...makan nasi ayam..perut masih lagi boleh diisi..ahh nice...

Masa nak balik aku ada masalah transport ye la diorang semua dok kedah, aku sorang tercangak dok kat penang, nak balik naik bas mesti la tak dak...encik buncit pon takdak lesen...bagus betol suami isteri tiada lesen...nasib la kakak eda on the way nak balik penang..selamat la aku tumpang diorang kalau tak merempat kat stesen bas la jawabnya...


sampai rumah pukul 11 malam...kalau kat rumah habis lewat boleh keluar sampai maghrib je ok..tapi ni kan raya bagi la excuse sikit..hoho tak pa kan mak...kat U dah besa dah balik lewat-lewat ni...ngeeeeeeeeeeeeeeee

7 comments:

Duniakuabstrak said...

skrg bukan ke ko da alim..


kan?

hehe

Duniakuabstrak said...

skrg bukan ke ko da alim..


kan?

hehe

Duniakuabstrak said...

apesal sampai 2 kali? (--")

Latifah said...

wahhh bestnye beraya ngan kawan2.
emmm saya belum lagi beraya.
insyaAllah ujung minggu ni baru start nak beraya sakan... ngeeee

Selamat hari Raya Ayu =)

Anonymous said...

pergh. kalah orang puasa full lu ni. kahkahkah!

Anonymous said...

agak2 berat badan lu dah bertambah double ke triple? :P

Anonymous said...

liw s wkq o, Sex Videos. fbn b, jwo kmfvas! zest g xjo bs.

xrd j cog o, [URL=http://www.pr0nvidz.com]Free Sex[/URL]. xst r, wic orzygi! dtty t qgi ua.

boyfriend