22.8.10

Jatuh Cinta Lagi

Petang itu aku ke bazar ramadhan UTM seorang diri, meredah alam manusia yang penuh dengan hiruk pikuk...jika wanita pasti hanya memandang ke arah makanan tapi kaum adam pasti menundukkan pandangan mereka, aku sendiri tidak pasti mengapa?mungkin mahu menjaga pandangan dari melihat aurat wanita...

Selera aku seperti mati, tiada juadah yang enak dimata aku..Kuih muih, nasi beriani ayam masak merah, murtabak ,laksa ahh semua tu tidak mampu untuk mengoyahkan keimanan aku dibulan puasa ini. Betapa aku tidak mahu menurut kata hati dan nafsu..Lantas aku beli bubur ayam sebagai santapan untuk berbuka nanti, "cukuplah'' kata hati aku, masih ada kurma sebagai pencuci mulut.

Kaki aku ingin melangkah pergi...tiba-tiba badan aku menjadi lemah, dunia aku seakan berputar, pandangan aku kabur lalu aku terasa badan ku diawang-awangan..aku dapat merasakan seseorang memapah aku, lembut sekali pegangannya, sedaya upaya aku membuka mata...

Alangkah terkejutnya aku apabila seorang lelaki memapah aku..."awak tak apa-apa?" aku menjadi malu dalam masa yang sama aku masih sempat melihat wajah lelaki itu yang rapat dengan wajahku...Tenang sungguh air mukanya, wajahnya tidaklah sekacak mana, jauh sekali seperti Aaron Aziz tetapi itu sudah cukup untuk menyejukkan hati aku..Bagi aku lelaki kacak hanya mampu melayan nafsu mata tetapi ketenangan riak mukanya membuat aku sangat terpegun...Badannya..ahh badannya sedap ehh bukan badannya sasa persis pelakon idaman aku remy ishak, tinggi lampai serta tegap..idaman setiap gadis malaya...

Ohh lupa pula yang aku masih didalam dakapan lelaki itu, "saya tak apa-apa" jawabku ringkas tapi masih mengharap lelaki itu tidak pergi jauh dariku.."awak jalan sorang ka ni?ermm saya temankan awak balik lah..lagipon bahaya awak jalan dengan keadaan macam ni" katanya ikhlas...aku tersenyum manja...Omaigod!Omaigod! ehh tergedik pulak..hati aku berbunga-bunga..sepanjang perjalanan ke kolej kami bersembang..salam perkenalan kami sama hulurkan...


Setibanya kami dikolej aku, "ehh awak dah la sampai kat sini, tak manis pulak kalau orang lain tengok awak kat sini"..cukuplah sampai disitu..aku tidak mahu mulut-mulut manusia mengata, hasad dengki caci maki memang tak pernah lari dari masyarakat ini..Hati aku..ya hati aku berat ingin meluahkan perpisahan, mungkinkah kami akan bersua lagi????hanya tuhan yang akan menentukan...."ermm awak boleh bagi no fon?boleh saya contact awak nanti..email yahoo ke?"...soal beliau...Omaigod!Omaigod!hati ini menggedik lagi..sumpah rasa nak lempang..." boleh ja..013744....."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ayu..ayu..."

seperti yang aku jangkakan pasti ada manusia yang cemburukan aku..pantang melihat kebahagiaan orang lain...
.
.
.
.
.

.
.

"Ayu..bangun sahur..hajar dah siap masak nasik goreng"

Oh dem...nora lain kali kejut la bila aku dah dapat no fon dia....aduuhhh melepas remy ishak aku...lantas aku berlalu ke bilik air dengan seribu satu perasaan...

hampeh betol!

aku tengah layan cita sebenaqnya...

30 comments:

Unknown said...

-.-" wa benci entri mimpiiiiii...camtaek!!!

Nurul Ayu said...

haha..rilex eiffel...sabar dibulan puasa tu lagi besar ganjarannya..

MOFASAD said...

zzzzzzz


(tengah mimpi entri nie)

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

hahahahha..
wa anggap lu mimpi separa basah..

apapun selamat mencari jodoh ..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ya sabar sabar ... eiffel

Linglung said...

haha..gua dah agak dah, mesti mimpi, xpun berangan..mmg mimpi pun..potong gila kan kalau org kacau tidur time mimpi tgh best2

beautiful_rose said...

ler.....mimpi ke
mati2 aku ingat cerite betul.

hamzah ian said...

apesal gua bace???? wtf????

hamzah ian said...

apesal gua bace???? wtf????

payeen said...

ahhh! geram. mimpi upenye. haha.

Nurul Ayu said...

haha...sabar kawan2 kadang2 hidup ni penuh dengan penipuan...=p

Akulah Aqilah Itu said...

2 minit terbuang disitu. hahaha. =P

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

macam dah baca

badboy said...

woi curang dgn encik buncit ke?

hahahaha

ni la akibat tgok citer korea

hehe

(^_^)

Nurul Ayu said...

ramai dah mencarut baca blog aku...hehehe

Duniakuabstrak said...

gatai r ko ni ayue..haha

aku tak caya r ko tak bernafsu tgok mkanan2 tu..

hobi ko kan makan

Nurul Ayu said...

hehe..memang la..aku rasa pon mimpi ni pon tipu aku..aku tipu je la...aku tak mimpi pon...hehe

Nadia said...

dah agak dah..

eh aku pun tgh tgk cite tu gak..

Azwan Azmi said...

benci...benci..benci..haha..tak suka kalau cite ending dia mimpi

Anonymous said...

bak kata ayah cobb kepada dia bila dia cakap mal tak bagi dia architect the levels in the dreams...

"come back to reality, dom."



lu pun sama!

Nurul Ayu said...

hehee..gua pon kekadang nak gak berangan lebih2...lee min ho datang rumah gua ka...hakhakhak

Anonymous said...

iskkk. aku tak suke org kejut aku time mimpi cowok. damn!! xD

nasikputeh said...

hai surihenyot..

sangap ah lu..

kikiki...

Nurul Ayu said...

aku tengah gila kat leeminho skrg..sangap ke hape ke janji aku suka dia skrg..haha

john bert said...

kalau laki yg mimpi, dah boleh advance smpai ke mmpi bsah ni klu x dikejutkan.

K2r~90 said...

cis....

Nurul Ayu said...

mesti selalu jadi kat hang kan john....



bertaubatlah...

julietdeorange said...

hahahaahaa., sumpah best entri ni!
smgt gila baca, rupa2nya mimpi. cait! haha. but then best2! thumps up!

Nurul Ayu said...

ada jugak org suka entri menipu ni..hahaha thanks juliet...

Asfan Ash said...

boooooooooooo hahahahh

boyfriend