Aku dengan member-member satu kelas Process Control semester lepas nak buat la acara berbuka puasa bersama-sama, ala stended bulan puasa, mesti banyak jemputan berbuka cuma aku punya jemputan berbuka sendiri bayar ye bukan percuma...
Kami decide nak makan nasi ayam penyet, ok bukan decide sama-sama pon...Group aku yang decide orang lain ikut ja...Dah seramai 30 orang yang pegi kan, wajiblah tempah awal-awal sebab takot tempat full, aku pon call la berdasarkan iklan kedai tu..(nama kedai terpaksa dirahsiakan takot bankrap plak, tak kuasa nyah nak menjawab kat court nanti..JADAH NI AYU!)
Member aku Aini call pulak kali kedua untuk konfemkan balik bilangan orang dan jugak jenis lauk. Prung prang prung prang ok dah pukul 6.30 boleh bertolak ke destinasi...
Sampai je kat kedai tu, tempat duduk baik punya tengah-tengah alam kedai tu dia bagi..Ok setat sesi menunggu para jejaka yang main-bola-sepak-tak-reti-nak-balik-awal-untuk-bukak-posa...Sementara tunggu datang sorang akak ni amik order air..tu pon jenuh aku menghayun tangan ke udara macam beruk dah... ahh tak leh salahkan diorang sebab ramai customer kat situ...
Dah amik order, tetiba dia tanya nak makan nasik penyet apa?ada ayam,puyuh dengan lele...aikk aku dah pelik, dengan sopan aku tanya la akak tu..
"Kak tadi tengahhari saya dah tempah"
"ehh yang tu kamu tempah meja ja" kata akak tu sambil buat muka TAK-BOLEH-BELAH(cantik gak la muka dia)
"ehh kawan saya dah call tempah makanan sekali tadi" kata aku sambil menoleh wajahku ke arah Aini
lalu Aini mengangguk laju
"Kamu call no mana??yang no 1 ke no 2??patut kamu call no saya"
(mana la saya taw tu no no sapa kak!)"Kat sini ada kak long dengan saya,no fon yang first tu kak long saya, dia ada kat rumah sepatutnya kamu call nombor saya kalau nak tempah makanan bukan nombor dia"...petah sekali akak tu berkata kepada aku..bukan takat petah je muka pon nak kerek abis macam aku pulak yang bersalah...cuba korang cakap kat aku..aku ke yang salah????
Dalam hati aku ni dah sumpah seranah dah..jadah ape kau letak nombor fon kak long kau kalau kena bagitaw order kat orang lain..tak ke memang nak bagi aku mencarut tu...lain kali letak nombor kau yang besar-besar kat iklan tu..ini tak!! yang kau letak no fon kak long kau first tu pehal??konfem-konfem la customer call nombor yang first dia nampak kat iklan tu adoiii tak belajar saikologi ke kak!!!
"Ok, sekarang ni 29 ayam 1 je puyuh"...kata aku dengan nada masih sopan, memang cun sebab aku pakai baju kurung...penyabar jugak aku ni kan..waklu!!padahal tak nak sendiri malu, ye la kang aku bising-bising kat situ apa pulak reaksi pelanggan lain..
Kalau akak ada blog, mintak-mintak akak baca entry ni...pesanan ikhlas dari saya untuk akak...
Lain kali letak no macam ni..
adik kak long: 012-673572*
kak long: 019-273695*
(sila talipon nombor adik kaklong sebab kaklong ada kat rumah jaga anak, dia tak jaga kedai)
boleh tak akak??saya cadangkan je sebab kesian saya tengok akak asyik kena maki nanti...boleh ehh akak? boleh la...lagipon bukan semua orang tau akak ni ada kak long ke kak ngah ke abang hensem badan ketak-ketak ke...akak bukan artis pon, jangan bajet femes sangat!!menyampah tahu menyampah!!
19 comments:
hohoho...
macam itu pun ada ke.
nasib badan la.
hhahaha.. ni nombor betol ke tipu??? gua nak main miskol buleh???
mampus la ade anak ke takde anak ke.. janji main miskol pastu letak.. hahahaha..
alah.. dlm fesbuk pun gua dah tengok gmbr lu semua makan mcm org gile.. kat sini kutuk2 pulak kedai die.. hahahaa.. amende la ko serihanyot..
ahhahaa
hahahahaha terbaek..siyes lawak=)
haha.. common sense dia dah hilang
lor, boleh pulak macam tu.. Dulu dia guna no tu, tapi baru2 ni kasi pinjam adek dia kot.. :D
Pening bila waktu petang di bulan ramadhan
hahahahha....tak bole blah...gwa nk smbg gelak jp....hahahahahaa
neh komen lps tgk gmbr ko kt fb :: muka ko xley blah muncong...muahahahahaha
adik kak long cun tak?
hahahaha..
ke maruk sgt nak mkn ayam penyet..
amik ubat..
kan dah kena ngan kak long..
nge~~~~
ntah apa spesialnya ayam penyet..
mmg la tempah tu tempah meja je kak oi. pastu call la lg skali tempah makann plak. adeh.T_T
nie namanya sengal..nasib baik ader makanananya..klu x de mate lah ko org buke air je....hahhaha
zam::akak dah tempah meja...lepas tu kak aini col pulak konfemkan meja lepas tu tempah makanan...
BUKAN 2 KALI CALL KE TU ZAM???????
pedulikan zam tuh.. die mmg suke komplen.. hahaa
anak dara lg tak adiknya tu? hahahahaha! janda pon ok lah.hahaha!
kehkehkeh..nasib baik bukan aku yg tempah..kalau x silap2 penyet jgk muke kak long ke adik kak long ke malah jiran kak long sekali
aahh kau ni kimi mcm desperate sgt la pulak...
hamzah::dlm gambar tu sbb dah lapar giler paham??
hahaha. sian. tau ler puasa, ko cool kan hati ko jap. akak tu tak tau. ko kasi ajar dia sikit. :)
RAGEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
gyahahahahahhaahahah~
kalau gua depan dia gua carut. ok takdelah carut. just bagitau dia jangan nak senang-senang pijak kepala. ingat kita banyak masa agaknya nak buat cerita pasal tempah tak tempah.
gua menyirap kalau dengar citer pasal peniaga bodoh camni.
Post a Comment