30.8.10

Malam Jumaat je ke yang sunat???

Tengahhari tadi kan aku lepak dengan member aku Aini..ok nah muka aini aku letak sebijik..bagi korang kenal sikit ekk..

dah macam iklan air kotak la pulak..

Biasa la kalau dah melepak tu mesti mengutuk sikit-sikit, alah stended pompuan la kalau berkumpul ja mesti bergosip..Pumpang pumpang mengutuk orang lepas tu masok la bab kahwin..

Sebenar-benarnya dia baru ja lepas pegi kursus kahwin hari sabtu lepas anjuran UTM...AKU TAK PEGI LAGI KURSUS KAHWIN OK!! capslock disitu sebab aku agak kecewa..aku cakap kat encik buncit kata nak pegi kursus kahwin tu, murah kot! RM80 ja..huh kalau kat luar sah-sah la beratus kan...hadoihh malangnya encik buncit tak bagi aku pegi lagi..dia kata tunggu la pegi dengan dia...aku pon tak paham kenapa mesti nak kena pegi sekali...bukan boleh dok menjeling-jeling tengok pasangan pon., nak berimiginasi pon kena tunggu sampai rumah jugak...pegi asing-asing la best..ustaz yang bagi ceramah lain, info lain-lain, teknik pon lain-lain...erkk teknik???

Ok sudah-sudah...berbalik kepada cerita asal..aini ni post jugak la serba sedikit tentang info-info yang diberikan oleh penceramah tu kat fesbuk diantaranya ialah...

"Kalau nak bagi suami tak hilang sayang kat kita nanti, kita kena jaga dua perkara untuk suami..PERTAMA jaga PERUT nya yakni memasak masakan yang sedap-sedap dan berkhasiat...yang KEDUA ..............." tulisan status dia yang kedua tu macam nak mintak lempang dari aku...dia boleh pulak buat malu-malu...aku ni dah la inesen, tak pegi kursus kahwin pulak tu...bagitaw je la bagi habis...kang tak memasal aku buat andaian sendiri...andaian basah pulak tu..lol


Selain dari  tips-tips untuk isteri, tips untuk lelaki pon tidak dilupakan jugak...contohnya, sebagai seorang suami, kena la tolong isterinya kat rumah, tolong memasak ke, kemas rumah ke, ape-ape ke...haaa tips yang ustaz tu bagi adalah cara-cara untuk suami mengelak dari menolong isteri memasak kat dapur...


hoh jadahnye?? tak kuasa aku nak bagitaw weii..pandai-pandai la korang cari sendiri...google ke tanya bapak-bapak atau pakcik-pakcik korang ke..Lagipon apa salahnya korang tolong bini masak kat dapur, dari dok melenggak tengok tv dengan main mafia war tu..boleh jugak korang bergurau senda merapatkan apa yang jarang...ye dak??


Ustaz tu cakap lagi..seeloknya nanti suami kena la beli baju tidur untuk si isteri 7 pasang...satu hari sepasang..baju tidur untuk malam jumaat amik yang paling jarang....

Lepas tu aku terfikir...aiikk malam jumaat je ke yang jarang?????bukan seminggu 3 kali ke???

Ok kena pergi jugak kursus kahwin ni tak boleh asyik google je..

20 comments:

Unknown said...

gyahhahaaaaha..aku rasa cm da amik kursus ngan ko plak... =P

Duniakuabstrak said...

agak2 kalau ko da ada 8 org anak blog ko citer pasal kawin lagi tak?

siggplus said...

meghenyam!

Anonymous said...

eleh. nanti dah gi kursus kahwin lu google jugak. tapi terperinci sikit la kot.

Nurul Aini Amran said...

Asal gamba ku lawa sesangat??? =p

Nurul Ayu said...

ayul:: aku cerita pasal anak2 aku la pulak..heheh


j.love:: haha...lg advance..

Anonymous said...

malam jumaat je yg jarang? serupa je tak yah pakai baju kn? kn? kn? ;p

Nurul Ayu said...

pakai la wehh...baru nampak seksi..haha kalau tak pakai ape nak seksi jadahnye...

diNa de SoLa said...

aku dah amek kursus kawen..huhu..
terbaek,murah pulak 2..rm45 jak..
amek kt uni aku..

ustaz lawak mmg best..tips2 pon byk.....hahaha ^^

LUMUT said...

ok aku dah rasa cm nak kawen je ni...hakhak

hamzah ian said...

oyeah..

nurayunni said...

haha..nk pergi gop r kursus kawen...

tuan director said...

nak no aini boleh

Nurul Ayu said...

aini dah berpunya..harap makloman...

Ahkak Geli said...

seminggu tetiap hari la!!!


memang kursus kawen kena bayar rm80 pun dik oi..mana ada ratus ratus?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

terpaksa aku nugurat ngko nampaknya

Anonymous said...

11 thn lps, kursus kawin masih rm80..kira standard latu..siap bole duduk sebelah2 lg dgn kapel masing2..maklumla..dgn JAWI.. cuba dengan JAIS...huhu..

Anonymous said...

x pegi lagi da boleh kasi tip2.hebat lah lu.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

lu ni dah ada tanda2 nak berumah tangga ni..

hamzah ian said...

oyeah

boyfriend