30.6.10

Perempuan kalau tak reti masak tak boleh kawin!

Nampak tak tajuk post aku tu??? Marah betol aku kalau orang bagi statement cam ni...Aku taw la aku tak reti masak...lol bukan tak reti baii...Aku cuma tak pandai je....ceh nak jugak menegangkan benang yang basah..

Bagi aku perempuan ni mesti reti gak masak, tak kisah la masak air ke, megi kari campor telor bawah ke, nasi goreng kurang masin ke...Paling cikai mesti taw masak nasik punya la, haa tu kalau ada yang tak taw jugak boleh pi belajaq cepat, toksah dok buat stail minah saleh kat sini..Kita kan satu Malaysia..(-_-") kejadah???

Brader-brader kental kat luar sana pon mesti nak dapat bini yang pandai masak...Badan sedap solid, muka cantik,dahi licin, rambut rebonding tu semua adalah aset untuk perempuan yang letop-letop...Abis kalau ko tak letop-letop tak yah la jadi pemalas naw...Masak je la satu kaedah nak pikat hati suami pon kalau muka tu dah tak hot mana...ewaahh dah macam Ustazah Siti Nor Bahyah pulak...ehhh ustazah tak cakap cam ni..

sphageti bodo yang aku penah buat..

Aku kan banyak kakak ipar...aku ada 4 orang abang so aku juga ada 4 orang kakak ipar, bukan 5 mahupon 6....mereka semua pandai masak belaka...so no wonder la abang-abang pon berubah jadi sedap dan mantap ala-ala bonzer disko kampung pop yeah-yeah..Encik Buncit la manusia paling takut dengan abang-abang aku..hehe macam la abang aku makan orang...

abang aku no 3

abang aku no 4
sorang hitam sorang putih...aku kelabu...hehe
lagi 2 orang abang aku tak dak gambaq...
tapi sama gak sorang gelap sorang cerah..

berbalik kepada cerita tadi...

Aku penah tanya kak ipar aku ni, macam mana nak terer masak ha???taw dia jawab apa??





Dia kata..."Nanti dah kawin pandai la, kak ida pon bukan pandai masak sangat dulu, belajaq sikit-sikit lama-lama pandai la"


Nampak tak??kalau tak takde la peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit...bukit ape?tak yah pikir bukan-bukan aku sepak kang...

Masa kak ipar aku ni baru-baru kawin dulu...Aku dok rumah dia so dia masak..bukan aku nak mengata la kan tapi memang tak sedap, bukan tak sedap gila-gila sampai tak boleh makan kira boleh la nak diterima tekak...Tapi sekarang sudah anak 2...aku tengok dia masak main campak-campak je tuptup dah siap....Rasa dia takyah cakap la kan...MARVELOUS HABIS!!!kalau makan nasik tak dua pinggan bukan AYUE la namanya tu...


Ni cerita mak kawan aku pulak..mak dia cakap masa first time dia kawin dulu, macam berkali-kali pulak mak dia kawin kan?...masa mak dia mula kawin dulu, mak dia memang zero pasal masak memasak ni...Si bapak dia ni la yang tolong rasa..Setiap hari bapak dia akan komen masakan mak dia, bukan marah mahupon perli ye adik-adik...Bapak dia akan komen hari ni masakan tak cukup masin ke, nanti tambah asam jawa lebih sikit ke and whatsoever lagi la..Then, lama-lama pandai la...=)


Kesimpulannya, kita sebagai gadis kena la taw masak dan pasti suatu hari nanti akan pandai masak..stended la kan kita gadis ni sejak dari kecik lagi dah main masak-masak dah besar kita praktikkan untuk bakal suami...macam lelaki ni kecik-kecik main tendang-tendang bola dah besar maki-maki depan tv tengok bola tak masok gol..ceh tak memberi manfaat kat bakal bini pon...sendiri pon tak wakil Malaysia ada hati nak maki player World Cup...lalalala~~


P/S: panjang pulak entry aku kali nih...

Keyword ni tak melambangkan genre blog aku

Entry ke-4 hari ni ya...jaga-jaga cukup sebulan aku update macam ni confem boleh beli Alpha Romeo...hebat tak hebat la aku...cis berangan macam haramjadas saja...

aku nak tunjuk benda ni kat korang-korang yang rajin baca blog picisan sampah aku ni..(sampai sekarang aku tak taw apa tu picisan!!bengap betol kan aku??)


kelik untuk tumbesaran berganda-ganda




lagi satu...

 Dah tak nampak kelik ler...jangan buat tak pandai sangat..

 
Lisa Surihani nampak coli...aku syak ni keja Frodo...
tak abis-abis dengan coli merah...

Keyword kentut tu tak lain tak bukan keja Farid...
sejak akhir-akhir ni dia asyik memerut ja..
makan jamu terlebih kot...

hehe...jangan marah haa brader..

Ini bukan belog lucah, tiada gay mahupon maknyah disini....harap maklum...semua entry yang berbaur kelucahan hanyalah pengalaman tak matang aku...cerita dari zaman aku adik-adik sampai la aku gadis-gadis...korang jangan cancel pulak nak mengorat aku...(-_-") sila abaikan
 
 
keyword entah apa-apa la...habis blog aku kena rogol...cis!
 


P/S:: aku hanya mahu melalui malam Jumaat yang Indah.....(0_o)

Tak keja rasa syok pulak update blog!

Entry selepas sejam entry tadi...


Cam bengong je kepala otak aku hari ni....
maklum la dah tak pi keja kan...
esok mesti bertimbun keja kat ofis...

Waklu...buat macam aku ni dah jadi engineer pulak kat situ..
Lagi dua hari kot aku abis praktikal...
 


habis satu bala datang satu bala pulak...
Mana aku nak carik duit buat tambang balik JOHOR ni??????
nak mintak kat Mak kesian, nak mintak kat abang-abang malu, nak mintak kat abah segan pulak...
Encik buncit pulak dah balik KL kalau tak boleh gak paw seratus dua...
aiiyaaaaakkkk!!!


Tension betol...bila duit JPA nak masok nih??????????

Aku hangin betol bila orang sembang letop-letop pasal duit ni

Aku pelik betol kenapa orang panggil BLOGWALKING haaa???tak pon BLOGJOGGING???
aku pon ikut jugak tulis perkataan tu kat shoutbox orang...hakhak dasar orang melayu terima satu benda tanpa pikir kejadah apa benda yang ditulis tu...

Ok apa yang aku mengarut nih???


Hari ni tak pi keja kononnya sakit perot senggugut so boleh update entry...orang cakap kalau update blog sehari dalam 2 3 puloh boleh kaya??betol ke??Orang la cakap bukan aku yang cakap...kalau betol nak gak aku beli Alpha Romeo sebijik pakai duit nuff..lol


Selama aku kat dunia blog ni aku tengok banyak benor tips-tips yang blogger tegar, sejati, otai and whatsoever ni bagi...Tak kurang jugak yang follower baru 4 orang ada hati nak bagi tips, ni tak lain dan tak bukan mesti nak kejar duit ni..betoltakbetoltak??


Aku tengok ramai betol sembang letop-letop pasal nuffnang ni...sampai yang dah cashout ribu riban pon ada...WAHH TERUJANYA AKU BILA BACA...ceh (-_-") aku nak jugak sembang letop-letop....ni earning aku selama aku berbloging....tadaaaaa




baru RM 9.00!!!! aku nak beli stereng kereta pon tak lepas ni...


Haa ape lagi pi la klik aku punya iklan...
Aku JELES taw tak korang dok sembang letop-letop ni...JELES!!!!

ceh wadafak!!

"Kalau nak cari duit bukan dengan cara blogging, nak cari duit pi cari kerja nu"

aku tak ingat aku baca kat mana statement ni..tapi otai gak la yang bagi..beliau hensem... sekian...=p



P/S: ni entry AUTO PUBLISH...hah style tak aku??korang reti ke buat???mesti tak reti kan...wek..=p sila bayangkan aksi comel aku jelir lidah...



Update: weh ni bukan entry aku nak kejar duit taw...jangan dok kesian kelik iklan aku pulak...baca entry aku tu yang paling penting...hakhak

Dia Lagi Comel dari Justin Bibir, sapa ada no fon dia?

Korang kalau kenal mamat ni cakap kat dia aku kirim salam banyak-banyak...aku dah jatuh centa dengan dia..aku tengok video ni dah berapa juta kali pon aku tak ingat tapi aku masih lagi mampu tergelak..Lagi satu video Hari Ibu yang dia buat...mak aihh sumpah comel!!comel lagi dari Justin Bibir...hakhak

Sengal betol bapak dia ni...(0_o)

"Not All Apples Fall Nearby The Tree"


Nak kawin dengan dia la...hah waklu sesedap ati je nak kawin, masak reti masak????



masak air dengan masak megi reti ler...ok what??cukup 5 bulan laki aku cerai aku talak 3..hah alasan dia ja tu nak kawin lain...huh

P/S: aku tengah blur buat report nih sementara tu update ler entry merapu nih...Ehh penah pulak aku buat entry berilmiah...(-_-")

28.6.10

Orang pempuan kena sunat tak??

Tadi dalam toilet, sedang aku mandi-mandi aku teringat perbualan aku dengan member bukan islam aku, 8 tahun lepas punya sembang...sila kira ye kawan-kawan 22 tolak 8 samadengan 14...ok pandai...


Entry ni pon cam nak bau lucah gak...adoii terok la nanti orang ben aku punya belog tetiap hari post entry lucah ni...


lol...lucah ke??stim ke bace entry aku???farid...ko jangan bace! aku dah bagi warning sesiap...


...Alkisah...
*********************************************************************************


Masa aku form 2..Stended budak-budak sekolah la cikgu takde je mula la men kejar-kejar la, tido la (stended budak hostel mengantuk dalam kelas), buat homework tak siap la, budak skema pulak mesti baca buku teks sejarah tak pon buku puisi kejadah tu...aku pulak mesti la menyembang...hobi la katakan...


Dalam kelas aku ada makhluk 2 ekor ni nama diorang Thiruperumal(indian) dengan Dominic (chinese),...tempat diorang depan tempat duduk aku...kira selalu la diorang ni tanya soalan-soalan yang tak dicapai dek akal...macam razman tanya kat formspring tu...sengal...

Makhluk-makhluk ni memang rare sikit, kepala otak diorang ni kaler ape aku tak taw...ada ja point nak mengenakan aku...

Satu hari diorang tanya aku...


"Ayu, kalau nak masuk islam memang kena potong tu ekk??"


Ahh sudah... diorang setat nak merapu dah...aku angguk je sambil tengok member sebelah aku...konon nak berdakwah la ni...


"Ishh mesti sakit kan kena sunat??"


ehh taw pulak panggil sunat no....

Aku cakap...

"Ehh mana ada sakit....sikit je la sakit dia macam kena gigit semut je.."

Ok aku dah pandai-pandai walaupon aku tak taw sangat pasal benda nih...




"Pempuan sunat tak???"


Habis la aku...aku nak jawab apa ni???kalau aku jawab ya nanti melarat pulak soklan pandai diorang...kalau aku tak jawab kang lagi diorang membahan aku...





"Sunat gak.."...jawab aku pendek sambil tangan dok selak-selak buku tanda gelisah...



"Orang pempuan sunat kat mana??"...muka sekor-sekor seksaited cam haram lagi...nak je aku tempeleng laju-laju...
















"ORANG PEMPUAN SUNAT KAT TANGAN...MACAM CUCUK BCG TU..."


kata aku sambil tunjuk gaya macam nurse cucuk bcg kat bebudak sekolah...kawan aku kat sebelah laju je anggok...siot betol langsung tak tolong member dia nih...


perbualan seterusnya terpaksa ditapis kerana mengandungi unsur-unsur ganas yang tidak keterlaluan....waklu*


Balik rumah aku macam nak tanya kat mak aku pasal benda ni..tapi aku segan...masa anak sedara aku syifa tu nak sunat baru aku taw macam mana pempuan sunat...hehe Abang aku pon baru taw kot so kira ok la aku taw masa umur aku 20-an...ye dak???


Korang taw tak???kalau tak taw pi google sendiri...tak kan tu pon aku nak cita kot...yang penting pempuan sunat tak sama dengan lelaki sunat...lol memang la!!!!!


P/S: nak amik mood buat report praktikal ni...datanglah mood...datanglah dikau kepadaku...(-_-")

27.6.10

Iklan kalau tak memalukan tak boleh ke???

Iklan sekarang....



Wanita:: "Hubungan intim saya dengan suami semakin menyerlah setelah memakai Perapatan...Produk ini betul-betul membahagiakan kehidupan kami..."

Gadis:: "Sekarang tak bocor lagi...Saya bebas bergerak kemana sahaja saya suka...Pakai la Intimataik tak mudah bocor, selesa dan anda pasti berasa yakin..."


Apasal produk lelaki takde iklan memalukan macam ni haaaa???????????????????siot je...semakin menjadi-jadi pulak iklan macam ni sekarang...huh


Aku jumpa Kedai macam ni tadi kat Penang tadi.....Ok la aku ni gadis kampung sikit, terasa kejutan budaya sebentar...kejadah apa letak kedai ni kat shopping complex....kalau anak aku tanya nanti macam mana?????





anak:: "Mama, mama kedai yang warna-warni tu kedai apa ekk??"

mak::  "Alah tu kan kedai barang yang bapak kamu patut beli supaya kamu tak keluar"

anak:: "????????????????????????????"

kesian anak aku...=(


Kedai tu memang menarik macam kedai cenderahati yang comel-comel tu... kalau la aku tak taw kondom tu rupa macam mana sumpah aku masok buat muka bodoh lagi hina kat dalam tu..(-_-")

lucah lagi entry aku hari ni...lol    (-_-")
P/s:: kat penang banyak Cina...gila banyak!!almost 70% shopping complex tu diorang konker...daging haram tak yah cakap la kan..bersepah...

P/s/S:: German menang...jadi aku sokong german...sekian...aku sokong team yang menang je sekarang sebab Perancis dah going back home early....(giler direct translation)

25.6.10

Pegi Kedai Mamak terasa diri ini Mundur Kebelakang

Ni entry sambungan dari entry yang LEPAS...sila baca yang lepas dulu baru baca yang ini...ewaahh macam bagus je ayat kan suruh orang baca tu la ini la..ok aku dah setat bebel...jangan bagi aku membebel la...


Entry yang lepas tu aku ada mention pasal redtube...erkk sumpah gua tak penah bukak laman web tu derr...member gua yang bukak gua pandang sipi je, pas tu dia terus jerit...gua dah gelak giler dah, nak bukak tapi takut-takut, pas tu bila keluar macam-macam mula la nak gelabah..hakhak biasa la dah nama pon pompuan kalau lelaki lain laaa...tak pernah bukak cita lucah???bapak suci giler ye dak???


ok setle pasal redtube...pakai bahasa sopan balik...



Tadi...aku nak balik Peneng, abang aku cakap nak hantar so aku pon OK JE LA...tetiba kena tunggu kawan dia pulak...dah nama pon melayu janji pukul 9.30 pukul 10.30 baru nak sampai...(-_-") tapi nasib la muka hensem kalau muka macam orang pecah rumah nak jugak aku sound...ewaahh sesedap aku je kan nak sound orang sekali diorang lempang aku maw berderai gigi depan nih...ahh lantak ler...


Sementara nak tunggu tu kami lepak kedai mamak dulu...haaa waktu ni aku kagum gila!!!terkedu!terdiam sejenak!!!terpesona.....


tapi bukan sebab muka mamak tu macam Shah Rukh Khan...




Aku terpegun sebab........





Mamak tu amik order pakai talipon touch skrin kot!!



Mak aihh...gila maju kehadapan diorang punya kedai...abang aku cakap dia link terus ke main komputer kira pakai line tenet la tu...entah-entah dia order pakai facebook tak???


Hakhakhak...korang dah penah jumpa ka kedai mamak cam ni???


 erkkk aku tak penah jumpa...



sebab Aku Bukan Peminat Setia Telor Bawah

aku tak tangkap gambar plak time mamak tu amik order...rugi pulak rasenye kalau tak boleh tunjuk kat korang betapa SRK nya muka beliau....


Ahhh siot je aku rasa alih-alih aku gak yang tak leh online sebab line tenet situ slow...tp tak taw la kot henset aku yang bingai....huh kena tukar henpon touch skrin gak ler ni gamaknya....


Dey tambichik mana sambungan entry lepas????
macam keling la lu ni...

sori la terseksaited pulak nak cita pasal kedai mamak tu...esok-esok la na aku sambung pasal diary bodoh aku tu...hakhakhak


P silang S:: telur bawah tu apa ekk???aku masih lagi inesen macam baby baru lahir...harap maklom!

Sapa yang dok SP boleh la pi Subaidah kat area Taman Sejati tu...tu pon kalau korang jakun nak tengok mamak tu la kan...hakhak

22.6.10

Kantoi Diari Buku Hutang

Korang penah ada diari tak???kalau korang lahir pada tahun 80-an mesti ada diari punya..Ye la dulu mana ada belog..sekarang boleh la..umur baru 12 tahun dah ada belog, rasa diri ini hina pulak sebab aku belajar tekan keyboard komputer pon masa aku form 1,hingus pon dok meleleh lagi, likat plak tu, siap boleh tarik-tarik lagi hingus tu (rare tak hingus aku???)...Aku belajar tekan je taw belom godek-godek menatang apa ada dalam komputer tu...sumpah jakun!!nak main paint pon tak reti apatah lagi potoshop...

Masa aku darjah 6 aku kat kelas 6IT (teknologi) alaaa kelas yang menggamit memori aku masuk toilet laki-laki tu..Kalau orang tanya aku teknologi tu ape???hah mula dah gelabah tak taw nak eksplen ape...Encik Google pon aku tak kenal lagi kalau tak senang je aku sound "APA HANG TAK TAW CARI KAT GOOGLE KA?"...

Dulu aku inesen gila..youtube taktaw, redtube taktaw..tapi sekarang dah pandai...hari ni keluar cita pasai ariel peterporn dengan lunak mayak...esok dah boleh taw nak download kat mana...punya la maklumat dihujung jari...


Dulu aku suka tulis diari, setat dari darjah 3 aku dah mula menulis..ala tulis macam ni...

"Hari ni aku pegi sekolah, pagi sampai sekolah pukul 7..masuk je kelas aku terus korek taik idung sementara takdak orang, pas tu calit bawah meja budak laki sebelah aku..nama dia Khai..."

Haa lebih kurang macam tu la gamaknya..

 Masa aku darjah 4, aku tulis diari aku dalam buku 3x5..ala buku orang tulih hutang tu..harga 2 kupang boleh beli kat kedai runcit belambak..aku try google gambar buku nota tu xde plak..ni aku lukis je la ekk mana taw kalau korang boleh ingat lagi camne rupa buku nota kecik tu....



masih lagi bodoh guna potoshop...harap maklom


Tak taw la korang ingat ke tak...kalau yang tak taw tu korang lahir tahun monyet kot tak pon tahun babi...aku lahir tahun naga...orang lahir tahun naga comel-comel taw...(-_-")





Ok try buat bersambung la mana taw kot orang menanti-nanti entry aku....



Haktuih...masing-masing sila ludah ke tanah....


BERSAMBUNGAN..........


P tindih rapat-rapat dengan S: nama dalam diari tu hanya rekaan semata-mata...kalau terasa boleh simpan dalam hati...






gagagagaga...

21.6.10

Aku taw PERANCIS tak hebat...tapi aku ada jersy Perancis kira hebat la tu



Hokeh tak nak gaduh-gaduh ye sayang...parang tu tajam..kita main ketip kuku sudah la tak luka tangan..(-_-") tak paham xpe abaikan...gua merapu je ini jam...

***************************************************************************

Pempuan yang letak gambar jersy world cup sebagai profile pic kat pesbuk tu bukan taw sangat pasal bola ni...SEMBANG kencang je lebih konon mengambil tahu perkembangan semasa la sangat...ok pempuan ni AKU ye...sila jangan maki lebih-lebih..

Ye aku tak taw sangat pon pasal dunia cawan
(world cup) ni..saja ja aku letak profile pic aku jersy Perancis...Dulu la masa tengah panas, sekarang perancis cam nak kalah je..(-_-") terus tukar pic lain...hakhak

Itu pon ada lagi orang tanya aku kenapa mesti Perancis??d
ia cakap Perancis bukan dalam team pilihan...

Adoi bang...aii sokong Perancis sebab aii ada jersy Perancis...tu je...kalau aii ada jersy Malaysia confem aii sokong Malaysia lebat-lebat...


Tu kisah orang yang tanya kat pesbuk...


Kat tempat keja aku pulak...

Saja la aku tayang jersy Perancis aku tu..ok bukan niat nak menayang pon tapi sebab aku MALAS nak iron baju kurung...dasar anak dara pem
alas kan aku nih...ahh lantak...

Ada pulak mamat ni tegur..


"Aik sokong Perancis ke Ayu??"


"erk..ahaa" , aku jawab...

sekarang ni...tetiap hari dia tegur aku cakap Perancis kalah Perancis kalah...

Spain yang akan menang katanya...

Cis betol...takde mende lain ke nak cakap ngan aku...


tanya la hari ni makan ape ke?
ajak aku makan Mekdi ke? tanya khabor aku ke? hari ni pakai pencuci muka cap ape ke? Ini tetiap kali jumpa nak sembang pasal Perancis kalah...aku pon sampai dah abis modal nak cakap ape..sudahnya aku sengih je la bila jumpa dia...(>___<)


tapi hari ni dia lain sikit...dia cakap...


"Ayu nanti habis world cup Ayu frame kan jersy tu pas tu gantung kat dinding ye, confem kalah dah"


aku masih lagi dengan reaksi sengih sampai ke telinga, tak taw nak cakap apa....(-_-")

Adoiii...BOLA PUNYA PASAL LELAKI HILANG SIFAT ROMANTIS...



P tindih S:: Gua mintak sangat SPAIN KALAH...biar padan muka orang yang sokong spain...hahahaahaha

20.6.10

Jadi Blogger nak Menggelabah baik tak yah jadi blogger Bai..

First time nak tulis pasal blogger-blogger ni..selalunya aku tak amik port sangat..tapi rasa macam terpanggil plak nak buat entry macam nih...ok ayat cam cilake sikit..harap maklum...


Orait...
Sebagai blogger picisan..aku pandang dari jauh je orang gadoh-gadoh dalam blog ni..hakhak ok tipu...aku ada gak komen-komen mana yang patut..


Kadang-kadang aku pelik gak apasal la blogger-blogger otai ni menggelabah abis bila kena rage..yang tak paham sila abaikan...nak blah dari blog ni pon aku tak marah..


Apasal???ko risau follower ko lari ke???ataupon ko malu???matang la sikit bro..teruskan je ko punya blog tu...follower ko kan berjuta, ramai lagi yang nak baca blog ko..Lain la blogger sampah macam aku ni takde sapa nak baca..

Ini sampai nak berkempen bagai..adoiyaiii...ingat masalah nak selesai ke???

kalaupon blogspot nak banned dia punya blog...

MACAM LA DIA TAK BOLEH BUKAK AKAUN BARU!!!

Nampak sangat kot ko gelabah...ko buat tak taw macam Abang Sally tu sudah, memang la mula-mula dia gelabah jugak..tapi kipas susah mati dia tak lari pon..ade je yang komen blog dia..trafik tinggi gak..(tu aku tak pasti sebab aku tak stalk blog dia sangat)..

Kutuk mengutuk ni kan, macam la tak de blog lain yang mengutuk...bezanya dengan hellioz ni cuma dia lebih terbukak...lebih berani...(alamak TERbacklink plak)

Tu belom masok yang entry berkias-kias lagi mengutuk..(sial aku banyak terasa kot haha...)..buat kering sudah ler..konon nak bela nasib diri...wadafak giler wehh..

nasihat aku...follower ko kan sampai berjuta mana boleh lawan blog hellioz yang yang follower ciput tu...lantak dia la nak tulis blog cam tu pon...dia ada readers dia sendiri dan ko pon ada readers ko sendiri..

Tak semua orang suka cara penulisan kita..ingat tu!!!

Otai tak semestinya bagus...Picisan tak semestinya keji...

P/S::: nampak macam gua menggelabah tak??benci ahh gua jadi blogger gelabah ni..

18.6.10

Budak kecik tu tak pernah kena lempang laju-laju

Tadi....
Aku pegi pasar malam...
Tengah tunggu nak beli rojak sotong...

Aku nampak sorang budak ni...
Tengah sebok nak lintas jalan...
Mak dia tak bagi...
ala budak kecik tak baligh lagi, umur 4 tahun kot..
Memekak ja kat tepi aku..
Aku tengok la dia...








Tiba-tiba..
Dia sound aku...

"Apa tengok-tengok???PENENDANG maw????"

Waklu!!budak ni memang nak makan kaki aku dah...
Bajet hang comel habis..

Tapi aku cakap dalam hati je la...
sambil sengih-sengih kat mak dia...

Mak dia boleh rilex lagi, tegur anak macam nak tak nak ja..

Kalau anak aku la kan....
























PANG!!!!.......


"Balik satgi mak buh ubat"


*******************************************************************************

Kecik-kecik dah kurang ajar dengan remaja macam aku...

Waktu aku kecik-kecik dulu tak dak pon cam tu, yang ada pada aku hanya benda-benda yang comel ja...


muka comel..
badan comel...
perangai comel...
cakap benda-benda yang comel...
semua comel la...


tapi tak taw la kan..sebab waktu tu aku hanya paham makan,berak,tido,nangis....
hal duniawi ni aku tak amik port dah....janji perut aku kenyang..


p/s::: gua syak budak kecik yang gua jumpa tu tak pernah kena lempang laju-laju...betol tak??

16.6.10

Belogku ini sampah jugak

Tak taw nak tulis apa...
Asyik-ayik merapu ja tulis belog...
macam sampah kan??
Lantak ler orang nak kata belog aku belog sampah pon..


 
 
 pedulik hape aku kan...


 habis entry..hakhak 
saje nak test tempat drop komen baru...
sila komen lebat-lebat...
aisehh macam mintak sedekah pulak...
 

p/s::: sampah-sampah pon gua sayang gak belog gua nih..sesuka hati kata belog orang sampah...belog lu tu best sangat ke??menggelabah habis....


peace no gadoh-gadoh...wadahell??

15.6.10

Aku tak taw nak letak tajuk apa..takut terkejar trafik la pulak..

Nampak macam nak kejar trafik tak??haha....
Nak maki aku sila ke bahagian komen..lalalala~~

***************************************************************************
Dah lama tak story pasal tempat praktikal aku...ewaahh macam orang kesah sangat pasal aku..=P  lantak ler kan....


Setelah 7 minggu aku menghabiskan masa a.k.a praktikal, aku telah diberikan keja engineer yang sangat mantap...nak taw lebih lanjut boleh KESINI ataupon KESITU...

Tapi hari ni lain sikit...aku tak perlu lagi mengadap keja-keja pejabat sebaliknya aku kena mengadap muka-muka pekerja kilang kat situ...

Aku ditugaskan untuk memantau keja-keja diorang..berat jugak tanggungjawab aku ni...tetiba aku rasa macam jadi perdana menteri macam polis macam ahli bomba...kira suma keja govemen la aku rasa walaupon hakikatnya aku keja kat sewasta yang elaun nya ciput gila...serius ciput..nak bayar duit ubat buasir pon tak cukup..

Tempat yang aku keja tu pulak kena pakai gaun ehh bukan la selayaknya dipanggil  jubah...




TAADAAAAAA...
Ok gambar posing macam haram..
aku pon tak taw kenapa aku posing bangang macam nih..(-_-")

Kalau lelaki kena pakai satu benda lagi iaitu topeng H1N1...tapi jenis kain bukan plastik...

macam ni...







Point yang aku nak cakap kat entry ni ialah....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MAMAT-MAMAT KILANG TU NAMPAK HENSEM LA PULAK BILA PAKAI TOPENG NI...SAMPAI LAKI ORANG PON aku NAMPAK macam HENSEM ja...


wadafak...laki orang pon aku usha...giler ape...


P/S:: kalau aku pakai purdah macam ni mesti orang ingat aku cantik giler meletop kan...betoltakbetoltak??

WAKLU....sila terajang gua laju-laju sebelom gua perasan dengan lebih lanjut...

Kenapa Lelaki suka tengok bola??tiada fakta disini harap maklum!

Kadang-kadang aku tak paham kenapa orang lelaki terlampau seksaited terhadap bola sepak ha???aku penah tanya encik buncit, tanya memember, tanya kat formspring...tapi tetap tak paham...tak taw la kot aku ni memang dungu...adehh..(-_-")

Tak cukup kat dalam pesbuk kat belog pon cita pasai bola...memang fanatik sungguh....


Nanti bila aku dah kawin, aku nak tengok siaran ESPN dengan laki aku, dok atas sofa sambil makan popcorn sesama...Pas tu dia sokong pasukan dia aku sokong pasukan lawan...mesti best gadoh-gadoh tarik-tarik rambut...tak cukup gadoh kat sofa sambung gadoh dalam bilik...teeeetttttt


Okey sudah-sudah tu....

Malam-malam ni syok berangan...lalalalala

14.6.10

Lagenda Budak Setan..nasib Lisa Surihani tu cantik..apa-apapon Farid Kamil gak yang best

Okeh..aku mengaku yang aku ni langsung tak huptodate...tajuk pon dah huptodate..selayaknya aku tinggal je dalam hutan menjadi rakan-rakan kepada encik monyet, cik semut, cik beruang, cikecikeAH, cikecikeUH..


Aku tahu ramai yang kata cerita ni tak best la..boring la..terkejut la..dan macam-macam lagi la komennya dah macam pengkritik hebat movie melayu sahaja..


Masa mula-mula cerita ni keluar aku dah rasa teruja, realitinya aku masih terloncat-loncat bajet comel di depan panggung wayang mengharapkan akak kaunter tu rasa kasihan dengan keterencatan aku..Tapi nyata sia-sia...Mungkin aku perlu usaha dengan lebih kuat lagi untuk menarik perhatian akak kaunter tu...kankankan??


Dah korang review cerita tu macam hampeh takkan ler aku nak tengok wayang lagi kan..So aku cadang nak tengok cerita lain...AHH dah jodoh aku dengan LBS, semua cerita yang aku nak tengok dah fully book..ada pon kat tempat duduk depan, gila apa nak melangut 2 jam kat dalam tu..maw terseliuh tulang belikat aku..


Oye aku tengok LBS jua akhirnya...starting dia best, lawak! nubhan pon takde la nampak gay sangat..Lisa tetap cun melecun..Raja Farah???apasal hitam sangat minah ni??berlari ke afrika ke hape??Farid Kamil....boleh la tahan, dah muka memang rempit tapi dalam hati ada landskap..


Time part sedeh...memang agak sedeh lagi-lagi part azmi pukul ayu tu, tapi aku tak sempat nak feeling, tak mampu nak melalak melolong sebab malaun kat sebelah aku boleh buat lawak..sepanjang cerita tu aku gelak..tension gak tengok wayang dengan manusia yang takot nangis lalu buat lawak dalam panggung...rasa nak lempang laju-laju je..

Boleh la layan cerita ni sebab aku tak baca buku dia so tak leh nak komen lebeh-lebeh...part Lisa nangis langsung tak jadi....nasib la ko cantik takde la aku kesah sangat..

Yang aku pasti Farid Kamil gak yang best..Best maksud aku disini adalah SEDAP...

sedap sebab dapat pelok dua gadis cantik dan seorang wanita yang hampir monopos..lalalalala~



p/s::: Masa part farid kamil pegang baby tu aku tengok encik buncit sengih-sengih...entah apa dalam pala otak dia aku pon tak taw.... Tak kan nak kawin dah kot...???

9.6.10

Menatang ni boleh buat orang menangis dan ketawa..Hebat bukan?

Perasaan berkobar-kobar nak hupdate blog hari ni...ok tipu...

aku jenjalan baca blog yang aku follow tadi...ada la 2 3 orang post entry pasal kucing...paling taching sekali entry kat blog safiya..giler sedeh kot..


aku ikuti perkembangan si cookie nih(nama kucing tu) sejak dari safiya ni jumpa sampai la cookie dah takdak kat dunia ni..(nak cakap mati macam tak sopan la pulak)..sob-sob *gua nangis kot bila dapat taw menantang ni mati...huhuhu :'(

Ni sume sebab dokter menatang syial yang hanya taw goyang teloq tu bodoh tak maw rawat dia...ada ka patut tak maw check kucing tu sebab bau busuk...kepala hotak anda la kan..bak sini sijil dokter tu aku bakaq laju-laju...


Tapi kalau dah nak ajal kucing tu kan..aku nak maki-maki dokter tu pon tak guna dah..kalau nak pi bakaq klinik dia boleh lagi la kot..Tengok aku dah bercakap macam orang tak dak pendidikan...ahh lantak...


Dah aku taching pasal kucing tu aku godek-godek sikit dalam lappy aku tengok ada gambaq kucing lama-lama tak...hehehe

Ni ja yang tinggal...yang lain suma dalam lappy lama,dah tak boleh diselamatkan dah...


Time ni aku tengah makan nasi ayam penyet....aku bagi sikit ayam aku kat kucing ni...selesai dia makan terus dia pi kat bekas air orang basuh tangan ni...dia dok mencakar-cakar kepala bekas tu..aku ingat dia nak basuh tangan..hehe tak la aku taw dia tengah dahaga pas tu ada sorang makhluk Allah ni tolong bukakkan paip...tu dia tengah minum la tu..pelik gak aku macam mana dia taw kata dalam bekas tu ada air...


Selalunya kucing akan minum ja air yang ada kat tepi-tepi jalan tu...Tapi kucing ni pandai pulak cari air yang bersih...Aku saspek dia nak jaga baby dalam kandungan dia la..Kucing ni pregnant, mesti anak-anak dia comel nanti...





Yang tengah sedap mengangkang tu aku syak jelmaan Hellioz..hahaha

Anak kucing ni terbiar kat sebelah blok aku...sumpah comel..
 tapi tahi dia pon bau comel juge...haha


Aku suka bila tengok diorang main polis sentri sesama...
Bila aku tension study, aku akan tengok kucing-kucing ni, pas tu aku akan hepi balik..
Diorang banyak buat aku ketawa..
Mana tak gelak...lari laju-laju tetiba langgaq dinding...macam bodoh je..haha





Pic ni aku culik kat pesbuk member aku..
macam menyemak la pulak nama dia besaq-besaq kat sini...-_-"

2 ekor kucing, yang sekor hitam pekat tu aku tak taw dia kacuk dengan apa..
memerang kot?????????




haa ni gambaq akaun google aku...comel bukan???

inesen je muka dia...

macam aku la jugak...
inesen je..lalalala~~

p/s:: update sikit...bila aku baca entry ni balik naik menyampah la plak..sebab banyak hehe dengan haha..korang perasan tak???arghhh lantak la haii...

8.6.10

Pilihan Lelaki antara member, awek, motor dan handbag??

Aku kagum sebenarnya bila tengok persahabatan insan bernama lelaki...apasal macam poyo ja ayat nih???o_0


Bukan aku nak puji la tapi aku rasa mesti ramai yang menyokong aku kan..Orang laki ni sangat sayangkan friendship diorang..Member-member mesti maw kasi kamcing, setakat kongsi rokok 2 3 batang memang tak de hal punye..Member ada masalah memang wajib tolong..Member kesepian tak de awek...confem temankan...erkkk itu tak pasti...


Perempuan pon sayang member tapi laki ni lain sikit..diorang sanggup buat apa saja demi member lepas tu diorang tak boleh hidup tanpa member...Kadang-kadang tu diorang lebih sayangkan member dari awek diorang...paling tak boleh belah..-_-"

Orang laki ni pon jenis tak amik hati sangat...tengok bahasa diorang dah la..cilake, lahanat, mampos hang, haramjadah...haa suma keluaq aihh..sampai yang diorang punya sendiri pon nak dilantangkan, bagai mahu ceritakan saja pada dunia yang mereka ada barang  yang sedap dan mantap...wtf!

Cuba kalau hang kata kat pempuan macam tu...confem esok pagi dia pegi bilik member lain kutuk-kutuk hang..tak payah tunggu esok la satgi lepas makan dia dah ready depan pintu bilik untuk sesi luahkan perasaan..Nak buat macam mana pempuan ni dilahirkan dengan sifat yang lemah lembut dan tak tahan makian...Lelaki tak pa la banyak colagen...erkk tak dak kena mengena...-_-"

Kalau suruh diorang pilih antara member dengan awek..pasti ada yang pilih member sebab bagi diorang awek boleh dicari tapi member sejati susah ooo...ye la cuba pikir balik kalau pilih cik awek dan kita abaikan member..nanti satu hari kalau cik awek ni lari ikut jantan lain haaa tak ke meleleh air hidung diorang..(awek belom tentu jadi bini lagi kan, member tetap member selamanya)

Waktu tu member yang diorang anggapkan bagai stokin busuk tu pon dah tawar hati dah..Kalau pilih member...member takkan tinggal member beb...ada plak orang cakap "Aku nak clash dengan kau wahai kawan.."...ok aku merapu...-_-"

Suatu ketika dolu aku penah tanya kat encik buncit...

"Antara I dengan kawan U...U pilih mana lagi???"

Haa...waktu tu peluh dah memercik-mercik dah, duduk pon ponggong rasa kebas semacam ja..menggelabah habis nak reka ayat tak maw bagi aku merajuk...hakhak...

Dia cakap kawan dan awek..dua-dua dia tak maw hilang..nasib dia jawab cam tu, alah aku bukan kesah sangat pon...(tapi kadang-kadang tu kisah jugak..dah kalau tiap-tiap hari men futsal sampai aku dibiarkan kesangapan kejadahnya tu bek tak yah kapel..)...ok cukup! cerita dalam kelambu tak boleh cita banyak-banyak nanti orang meluat...

Encik buncit jugak ada cerita pasal member dia ni..

Awek member dia tanya..

"Kalau beg tangan I kena ragut dan pada masa yang sama Motor U pon kena kebas..mana yang U nak selamatkan dulu??"

Dengan selamber mamat tu jawab.."Mesti la motor I.." 

Dalam hati mamat tu mesti dah mencarut kejadah apa aku nak selamatkan handbag ko harga 10 ringgit tu..motor aku harga beribu taw tak..

Apa lagi cik awek wajib tarik muka 5 sen la...

Dah cik awek merajuk pulak satu hal..Taw mamat tu cakap apa??

"Ala U ni.. I mesti la selamatkan motor I dulu... baru senang I nak kejar peragut yang curik handbag U tu.."

Simple dan cik awek dah tak merajuk...apa punya manis lerr mulut laki-laki ni kan..haishhhh ahh cerita ni tak dak kena mengena dengan 'member'...jangan silap..


apa-apa pon tak semua laki-laki macam tu...ye dak???


p/s: Tapi kalau dah kawin pon kira ke member lagi memang nak kena baling pinggan la tu....


tidak mampu untuk melukis katon lagi...
kepala asyik-asyik kena kanser je nyampah aku..




7.6.10

First time melukis..buruk gila!!

First time melukis..hasil didikan video encik zack..meraban jugak la aku nak lukih pakai photoshop nih...ingat senang ka??lukih pakai tangan orait la jugak, ni lukih pakai mouse maw ketaq tangan aku padahal nak lukih bulat ja pon...



hasilnya....





Aku syak pempuan ni ada kanser otak la..tengok kepala dia bebenjol..

bunga tu pulak kalau dua tiga kali imbas macam kipas pon ada..

yang laki-laki tu aku bayangkan nak lukih Remy Ishak tapiiii hurmmmm.......

percubaan pertama derr..

ada la sejam aku nak lukih makhluk dua ekor ni....pufftt

terima kasih encik zack..korang kalau nak belajar pi la kat fan page dia..ada video tunjuk cara melukih katon...comel ja dia mengajaq...macam ajaq budak tadika..:p

apasal piyor sangat bahasa kedah aku kat entry ni??(-____-)

6.6.10

Bajet diri gadis melayu habis!!

Kawan abang aku datang rumah..dok pebaik keta rosak apa entah..hensem kot mamat tu..lalalala

actually aku tak nampak sangat pon muka dia..pandang sipi je..ye la anak dara mana elok tenung laki lama-lama..tak pepasal kena cop gadis miang terang tang-tang plak...

Then, abang aku suruh masak air..Dia suruh masak je, aku plak gatal-gatal nak buat air..calon isteri terbaik generasi 1 malaysia la  konon-konon nya..Dah depan mamat hensem kena la tunjuk rajin sikit...=p

Aku tanya abang aku nak buat air apa...Dia kata buat la nescafe o' je..

ok fine aku buat...

Tetiba dia boleh tanya...

"Boleh buat tak nescafe o'?"

Aku senyum tipis je..

Dia tanya lagi...

"Boleh buat tak??"

Hai abang aku ni macam nak menguji daya ketahanan dan sifat-sifat semulajadi wanita aku ja...Nasib la masa tu kat dapur,kawan dia tak dengar kot.. kalau tak jatuh la kredibiliti aku sebagai gadis melayu...lol

aku dengan yakinnya menjawab.."Boleh kot.."

Dah siap aku bancuh, abang aku datang dapur..aku suruh dia rasa...

Aku menanti sambil mengembangkan sikit hidung aku...aku taw mesti sedap punya sebab aku buat dengan penuh kasih sayang..







"Tambah lagi satu sudu gula..."

Cilake..fail jugak aku buat air...o_0


p/s:: mamat tu ada lagi kat rumah aku sekarang ni...aku dok senyap-senyap ja dalam bilik..pemalu kan aku ni...hakhakhak

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

4.6.10

KENTUT pon bau wangi apa???

aku:: "Sayang..."

encik buncit::  "Ya..."

aku::  "Ayu nak terkentut la.."...sambil buat muka comey habis...

encik buncit:: "Hishhh...apa ni cakap macam tu???nak kentut pi jamban la habaq kat Apex nak buat apa???"...(sambil buat muka tak boleh belah macam aku nak kentut betol depan dia)

aku::  "Awat tak boleh ka???"

encik buncit::  "Tak boleh la..adoiii...ingat romantik ka cakap macam tu??Apex pon tak pernah kentut depan Ayu taw tak??"

aku:: ........................................................................................

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Elehh konon sebelum kahwin,waktu bercinta, hati tengah berbunga-bunga memang la tak kentut depan awek...nanti bila dah kawin anak dah berdozen, kentut depan muka bini pon boleh buat muka rilex lagi, siap cakap...

"Alah nanti kentut abang ni jugak yang awak rindu taw..."

Errmmm ye la tu..
rindu la sangat...kalau dah tiap-tiap pagi dapat bau perfume free nak rindu kot mananya????

tapi salah aku jugak cakap macam tu...

kalau lelaki lain dah lama lafaz....

"I ceraikan U talak 10....Loqlaq betoi ada awek macam ni!!!"

Hahaha...Lantak lerr...

p/s:: Aku ingat romantik habis kalau cakap macam tu...hakhak pedulik hape aku...

***************************************************************************

3.6.10

AKU BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!

Tiada kata yang dapat diungkapkan apabila saudara islam kita sendiri ditindas dengan kejam..
Hanya doa dapat kupanjatkan untuk mereka yang berada disana...

"Ya Allah...
Kau peliharalah saudara ku disana..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.."


Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara kita yang membantu disana...


Aku hanya manusia biasa yang ada perasaan sedih dan marah..
Aku sedih melihat nasib saudara kita disana tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa...
Aku marah dengan Israel Laknatullah kerana berlaku kejam kepada saudara kita yang lemah di luar sana..
Tetapi ketahuilah kamu wahai Israel...

Ramai lagi yang berada dibelakang saudara kami...
Mungkin dimata kasar mereka dilihat lemah...
Tetapi HATI mereka tetap TEGUH..
Dan yang pasti...
Allah sentiasa berada disisi manusia yang benar...


AKU HANYA BLOGGER PICISAN YANG MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL


"apa guna follower berjuta2 
kalau tak boleh tolong settel kempen picisan ni" ~ Bon Alvin
 
 
"kita selalu mengimpikan yang indah. Diberikan yang indah. Dicintai yang indah. Mencinta yang indah. Disayangi yang indah. Bahagia yang indah. Melihat yang indah. Tapi pernah ikhlas kita memberi yang indah? Maka berilah keindahan pada dunia sebelum kau bisa merasa indah yang sebenar." Frodo Baggins
 
"  KEMPEN KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!  " Mofasad

2.6.10

Baju aku tak comel mungkin kategori selebet sahaja

Masa tu nak beli kacang buat kunyah-kunyah dalam ofis..ada pulak minah cun datang sebelah aku nak beli kacang jugak..cun,cantik dan bergaya tapi afza kata biasa-biasa saja minah tu..

Bagi aku cantik la..awek free hair, pakai baju MACAM mahal, rantai leher labuh sampai ke perut, rambut buat stail ala-ala pelakon korea...haa tak cantik lagi??

Brader jual kacang tu pon macam dah terliur tertarik habis kat minah tu...Siap kata "bye" lepas minah tu blah (bye dia tu memang penuh dengan lenggok menggatal)..minah tu mesti la jual mahal derr...

Brader tu tanya kawan dia...

"Cantiknya...keja pejabat ke operator pengeluaran tu???"

Dengan lantang aku berkata...

"Operator Pengeluaran ja..."

Aku pon tak pasti kenapa aku boleh jawab soalan brader tu padahal dia tanya kat  kawan dia..mungkin aku dengki kot brader tu tak pandang aku...hahaha

Sound desperate??cis aku tak hadap sangat la..dah aku rasa nak jawab soalan tu...kesian plak kat brader tu dok tertanya-tanya...jadi satu hal pulak nak cari FORMSPRING minah tu..


Lepas tu kawan brader tu cakap kat aku...

"Betol la dik..Jangan pandang pada pakaian ja kan..Kadang-kadang orang keja ofis ni pakai cincai-cincai je.."


Haii dia ni macam nak menganjing aku pon ada...mentang-mentang aku pakai selebet je hari ni...='(

1.6.10

hidup sesimple mungkin kerja pon sesimple mungkin

Dah lama rasanya tak update belog..tak lama sangat sebenarnya..kalau aku seorang blogger yang pemes, entry tip top, suka sembang letop-letop kat GB mungkin ramai yang menanti aku update belog dan bertanya di facebook aku..."Ayu bila nak update belog??"...akan tetapi aku hanya blogger picisan...menatang apa picisan tu jangan la korang tanya aku sebab aku pon pinjam dari blogger-blogger otai..dengar macam sedap,mantap dan kedap jadi aku guna di belog jalanan aku nih..

Sejak minggu lepas, aku dah jadi malas nak pegi kerja...ohh bukan.. memang sejak dari hari kedua lagi aku malas nak pegi kerja sebab tak dak lelaki muka macam fahrin ahmad atau remy ishak kat situ..Hari kedua aku malas..tapi hari pertama aku masih seksaited.......................





Hari pertama nak pegi kerja, aku semangat gila!!bangun seawal jam 5 pagi, gosok baju kasi lendik, muka tempek bedak 6 inci, gincu merah menyala, sapu aishedo sampai mata tak boleh bukak, minyak wangi kalau boleh satu botol sehari, kasut nak tumit 3 inci tebal siap ada belian lip lap lip lap lagi kat kasut aku, jalan pon ponggong bergolek ja..



Tapi sekarang aku jadi sesimple mungkin...bangun 5 minit lagi pukul 7 pagi, solat subuh sebelom mandi kira dah gajah dah tu, pilih baju yang tak payah gosok..abih lekeh pakai t-shirt world cup perancis pas tu sarung jeans lusuh..tiap-tiap hari pakai tudung kaler hitam, senang! tak kotor tak yah iron hari-hari...sampai akak tempat kerja aku dah perli sebab aku asyik pakai tudung hitam je tak tukar-tukar...hah pedulik hape aku!!lantak..

Aishedo dengan gincu memang dah lempaq jauh-jauh...pakai bedak debu ja..simple, minyak wangi memang dah lama habis tapi deodoran itu perlu, calit sahaja dan berharap ia cukup untuk menutup bau petai..kasut pulak tiada lagi crocs sebab aku memang tak beli kasut mahal tu...kasut tinggi aku dah simpan atas rak kemas-kemas..aku pakai sandal bodoh sahaja, sandal yang bilamana aku tetukar dengan makhluk kecik mana ntah kat dewan sri resak!!aku pakai pon rasa sendat damn betol..aku ingat nak pakai selipar jamban ja tapi takut kena lempang laju-laju pulak sebab terlampau 'simple'...

Pergi kerja masih lagi buat kerja yang simple...gunting kertas..fotostat kertas...jadi untuk apa gua pakai kebaya bagai...untuk apa gua pakai gincu merah,aishedo,bedak 6 inci bagai...untuk apa semua itu?????gua tak ubah macam minah kilang je..so pakai simple sudehhh...gua dah menyesal gila tak bawak balik t-shirt banyak! kalau tak memang tiap-tiap hari gua pegi kerja pakai t-shirt dengan jeans je..hadoihhhh rasa nk ketuk kepala...

Ni esok nak pakai baju apa pulak?????terkial-kial lagi carik baju...ishhh

p/s:: Tiap-tiap pagi celik bijik mata ja otomatik pikir nak pakai baju apa pi kerja...tension betol!!tak pakai baju kang tak pasal-pasal aku jadi tajuk utama muka depan paper kosmo...0_o

boyfriend