4.5.10

Adakah aku seorang yang teliti atau keji??

8 minggu lagi aku akan mencangak kat tempat kerja aku. Dem sangat bohsan plus sangat tak boleh cuci mata hokeh(sebab xde mamat hensem kat department aku). Cukup sebulan aku dok sini maw berkedut muka aku..haishhh jenuh plak aku nak mencari krim pencerah muka...jap2 apa kena mengena krim pencerah dengan muka berkedut??teeeeeeeeettttttttttttt di situ...

Macam biasa aku sebagai "hengineer yang kelihatan sungguh busy" masok ofis awal, penat aku sibukkan diri sebab tak mahu di cop budak U yang pemalas walaupon hakikatnya aku mmg pemalas. Dah masuk minggu kedua aku kerja kat sini dan sebagai "hengineer yang sungguh busy" aku masih lagi diberi kerja yang memerlukan ketulusan hati iaitu "paper clipping"..

 kalau aku gunting kertas, macam ni la gayanya...
sangat cutekn aku..(maki cepat)

Aku sangat teliti apabila membuat kerja sebagai "hengineer yang kelihatan sungguh busy"... Aku mengambil masa 5 minit untuk memotong sehelai kertas..Bayangkanlah betapa telitinya aku membuat kerja. Bagi aku KUALITI itu sangat penting berbanding kuantiti(aspek gaya,mutu dan keunggulan juga diambil kira disini)...

Tetapi tidak bagi Afza rakan sekerja aku yang kelihatan sungguh busy juga. Beliau buat kerja sangat laju...Aku baru gunting sehelai kertas dia dah gunting 5 helai kalau dalam bahasa ilmu hisab 1 nisbah 5, ishh aku dah mula risau, tak mungkin dia boleh mengekalkan kualiti produk(kertas yang dah digunting) dengan kelajuan yang sebegitu...Apa dia tak tahu moto kilang ni hape?(aku pon tak ingat)

Lantas aku berkata kepada Afza....

"Afza jangan la gunting cepat-cepat sangat, kita potong slow-slow je sampai pukul 5 kita boleh terus balik xde la kita kena fotostat kertas lagi..." 

Pada ketika itu jam baru menunjukan pukul 9 pagi...

Adakah aku keji atau teliti? biarlah supervisor aku yang menilainya,dari sudut perspektif korang aku dah taw dah jawapannya....
 

p/s: perkataan "memotong kertas" sangat best disebut dalam bahasa penjajah so aku cari kat google translater...kredit kepada hencik google ye..

9 comments:

Hasrol Nizam said...

ayue, cuba ko reka satu mesin supaya korang berdua takyah ptotong kertas2 tu guna gunting..hehe

mimi syamimi said...

biase la tu ayu...mggu pertama...
ala2 orientasi la tu kne potong2 krts sume.... =P

asphaq said...

tak teliti dan tak keji.
hah ! cam mano tuh?
hahaha

AyuE said...

hasrol: aku terpikir gak cam tu..tapi aku pikir2 balik kesian plak kat budak2 batch depan nak praktikal xde keje nak buat...

kak mime: dah minggu kedua dah kak...cam ne??

asphaq: cute lah tu..hehe

hanakasaari said...

ayu......bagusla potong kertas exercise bg tangan ang kuat hehe.bila depa nk ang masuk plant ? ada lg ka org suh ang potostat?

AyuE said...

aku dah masok dah dlm production..huhu kat sini xdak plant...=p

mimi syamimi said...

dh abes sume krts siap potong kang br la dowg suro wat bnda len plak...so kne contohi afza kut bwt jek lelaju~heee...

Hasrol Nizam said...

iye2 jek mimi ko aja ayu camtu.. nanti dah takde kerja mati kebosanan lak si ayu tu kang..haha

AyuE said...

tahu tak pe kalau ada tenet best gak ni haram...komputer pon cabok..eehh aku mengata kat company tu ke ni???hahak

boyfriend