18.4.10

Betis Ayam sangat tak best you know???

Setiap hari aku akan tengok almari blog aku, berkira-kira mahu melihat hencik zack atau mr fatul menghupdate blog mereka, tapi hampa dan kecewa. Tahukah mereka yang aku sangat rindu nak baca blog mereka. Sungguh tidak romantik mereka ini, nasib baik ada tuan razman dan cik geli yang tak lupa hupdate blog mereka dan membuatkan aku tidak lagi sangap nak ketawa hak-hak-hak.

Tahukah anda yang aku sangat tidak suka makan betis ayam????anda tahu dengan betis?? Masa kecik-kecik dulu aku selalu confius (keliru) antara betis dengan peha. Yang atas betis ka yang bawah betis, yang atas peha ka yang bawah peha. Lama aku memikirkan benda tu, ye la cuba korang sebut betis betol2 “BETIS” dan cuba korang sebut “PEHA” kan ke lain tu. Dari sebutan tu pon aku dah keliru, BETIS tu dengar macam anggota badan yang besar, PEHA tu sebutan nya macam anggota badan yang kecik(sila masok kelas carotan sebutan bersama CIK AYUE).kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa orang tua2 selalu cakap, “Orang bagi betis dia nak peha” kenapa tak cakap “Orang bagi peha dia nak betis”, aku penah gak tanya member aku dan hasilnya “Awat la bodoh sangat hang ni ha”, lalu aku terdiam sambil dalam hatiku memaki beliau yang tidak  menjawab soalan aku. Sekian lama aku terconfius lalu aku amik keputusan untuk panggil drumstick je, xde la nampak sangat kebodohan aku ni masa tu.  Tapi sekarang bila aku dah taw nak bezakan antara peha dan betis aku tetap jugak nak panggil peha tu betis. Bukan sebab aku bodoh tapi sahaja-sahaja aku panggil begitu untuk menunjukkan yang aku tak suka makan peha.

Masa kecik-kecik dulu aku selalu makan ayam(sekarang pon selalu makan sampai muka pon dah macam ayam suntik dah). Aku suka makan bahagian kepak, nyam-nyam sebab bahagian tu terletaknya kenikmatan seekor ayam. Bila orang bagi aku betis ja aku dah tak dak selera nak makan sebab apa??sebab masa aku kecik-kecik dulu bila aku selak ja isi ayam kat betis tu aku nampak satu urat pas tu ada DARAH-DARAH yuckkss geli ok nak makan, tak taw la kot kat maklong kat dewan makan tu tak basuh ayam tu betol-betol kan tapi kalau aku makan kat kedai pon mesti ada gak darah tu. Kalau nak basuh pon agak-agak la, kan darah tu ada kat dalam isi…so aku tak jadi nak marah maklong tu.Bila aku dah geli-geli jadi tekak pon tak boleh nak terima betis itu. Sebab kedua aku tak makan betis ayam adalah bahagian tu banyak isi, lepas tu tulang dia tak sedap maksud aku tulang ada seketul ja, tulang banyak baru ada cabaran nak makan beb. Dan sebab ketiga ni aku baru declare bulan lepas, member aku cakap ayam telor ni diorang suntik ubat kat peha. Aku xtaw la gossip ni betol ka tak, yang aku taw aku tak suka makan betis.

Lagi satu part ayam yang aku tak makan adalah bontot ayam. Ada bahasa sopan sikit tak?ok punggung ayam, cam tak best je…nak cakap bontot gak. Mak aku sangat suka beli bontot ayam ni masa aku kecik-kecik, keluarga aku tak mampu nak makan betis ayam kira dapat makan bontot ayam pon ok la nak hilangkan kempunan. Mak aku selalu dapat free tak pon sekilo 2 ringgit dah boleh dapat dah, balik dia goreng macam buat KENTAKI tu. Masa aku nak makan aku selalu picit-picit, haha aku suka tengok dia toing-toing(bahasa mudah adalah kenyal). Kat bontot tu banyak lemak, isi dia seciput je tulang apatah lagi boleh dikatakan xdak lah..tu yang aku tak suka, bila mak aku beli mak aku goreng dan mak aku makan,lalu mak aku tanya aku “tak maw makan ka ayu??” dan aku menjawab dengan bangganya “Tak maw la nanti bontot ayu jadi TOING-TOING jugak”. Sudahnya sampai sekarang aku tak jumpa lagi bontot ayam.

6 comments:

Anonymous said...

Batis ayam is good u kno :)

Nurul Ayu said...

tak sedap ok...haha

TTT said...

hehe i pon tak suke toing2..ekekek

Jom Masak Channel said...

hilang 1 nikmat tak ske makan peha ayam..hehe..kn sedap...bhgn ayam yg best peha n thigh..yang lain x minat lg2 ayam yang daging nye macam benang leh carik2 tu, bhgn dada kot..

Nurul Ayu said...

TTT: betol-betol...hehe buruk..

hidayah: sedap la bhagian dada cuma byk isi..huhu

Hasrol Nizam said...

ada org makan kepala ayam tak?

pendapat anda?
perlu ke word verification ni blogspot?

boyfriend