20.5.10

Kemana Arah Tuju Artis penyanyi Realiti TV

Bila baca tajuk ni aku rasa macam kena buat ayat karangan SPM pulak..

*Karangan anda hendaklah lebih dari 250 patah perkataan*

Aahh sengal aku nak reka sepotong ayat pon dah terkebil-kebil, nak cari isi pon dah macam cari anak hilang kt shopping complex, member sebelah pulak kedekot nak mampos! tanya nak letak penandawacana apa pon dah berkira suruh belanja kfc..tak ke rasa nak menyumpah tu..cis gua emo pulak..

Sepertimana yang kita ketahui [ayat skema habis], sekarang ni bersepah sangat dah rancangan realiti tv, paling banyak penyanyi la..Akedemi Fantaghiro Fantasia, Mentor, One in the Million, Malaysian idol dan paling tak boleh belah IDOLA KECIL (aku download siri ni pas tu tiap-tiap hari aku tengok budak-budak kecik ni nyanyi,tiap-tiap hari taw!.. macam syial tak?)

budak AZZAM nih bagi aku angau je bila dengar suara dia..
oohh sangat adik-adik minat budak kecik!!

Ok lagi satu membuktikan gua macam adik-adik!!
dem lagu dia best-best kot..

Tapi kita tengok la sapa yang boleh mengekalkan tahap pencapaian diorang, masa rancangan tu tengah tip top memang la pemes giler kan tapi bila rancangan tu dah habis ko akan pemes dalam beberapa tahun atau bulan atau hari je.(erkkk!! gila panjang sebot rancangan)

Aku tengok ramai penyanyi realiti ni bila tak laku confem jadi PELAKON..pas tu mula la drama melayu macam hampeh tengok pon dah tak masok dengan jiwa macam cita H***L M**IA...ahh paham-paham sendiri ja la, lagu tak masok langsung dengan jalan cita..(-_-'')

Kalau tak jadi pelakon mesti jadi PENGACARA....hmm not bad la,jadi pengacara biasa-biasa saja ok tapi kalau nak jadi pengacara majalah 3 tak lepas kot....=p

Kalau tak dak bakat jadi pengacara, diorang akan di offer jadi PENYAMPAI RADIO...lalalala~~pas tu aku tak bukak langsung dah channel radio tu..hehe

Tapi kalau diorang tak pandai nak berceloteh pon tak guna gak so apa lagi bukak BISNES la...tu pon kalau modal cekang, jual nama artis yang dah suam tu, mesti la laku sikit at least boleh la hidup kan, dari tak dak langsung...

Ok la tu, dah rezeki diorang bukan untuk jadi penyanyi....

Bagi aku la kan..kurangkan lah rancangan realiti tv nih..banyak melahirkan penyanyi muka hensem/cantik tapi bakat..ZERO.. Pas tu banyak pulak gosip sana sini ye la dah menyanyi tak laku mula la cari publisiti murahan...dowhh menambahkan dosa aku je..satu sebab kutuk ko tak pandai nyanyi..dua sebab kutuk perangai ko macam bagus....

Sapa yang untung????

cerita MELODI la..setiap minggu rating naik kebabom tambah-tambah kalau ada gosip artis tak pakai bra..teeeeettttt

diorang saja ja bagi trademark KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI..padahal kalau kurang kontroversi diorang gak yang tak dapat cari makan...teeeeetttttt lagi sekali..

p/s: ahh mengata orang macam aku bagus sangat!!!lantak...

p/s/l: ada gak penyanyi yg superb macam FAIZAL TAHIR dan AIZAT...ohh mereka terbaik!!

7 comments:

luvly mya said...

dah bosan nak tengok program realiti sekrang..makin tak best.

owh,aizat dan faizal tahir memang terbaik woh! ;)

nur_nj said...

mantap la sis ko nye entri... syabas! sokong 100%...

p/s: faizal tahir n aizat mmg best =)

FeeQ said...

haha my friend said that justin songs is gay XD

SYAkiRA said...

aku pn minat justin bieber wlpn sora mcm pondan :D

Anonymous said...

x suka aizat ngan faizal tahir....cam hampeh...

rObin@ayuE said...

anonymous: lantak la bukan kacau periuk nasik hang pon...

theHusnaM said...

go azzam.sweet kn single dia."kekasihku".btw,1st time terjah blog ni..eh.hai.

boyfriend